Makin rakus! Israel lancar lebih 80 serangan udara ke Gaza hari ini

 

GAZA – Tentera pengganas Israel melancarkan serangan baharu di Semenanjung Gaza pada awal hari Isnin, beberapa jam setelah Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa penghentian permusuhan tidak akan berlaku.

Pengeboman rejim Zionis ke atas Gaza memasuki hari kelapan berturut-turut setelah serangan pada hari Ahad membunuh sekurang-kurangnya 42 rakyat Palestin, mencederakan puluhan yang lain dan memusnahkan sekurang-kurangnya dua bangunan kediaman.

Kediaman Ketua Pergerakan Perjuangan Islam Palestin ( Hamas) Gaza, Yehya al-Sinwar juga menjadi sasaran, menurut media kumpulan.

Sekurang-kurangnya 192 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita terbunuh di Semenanjung Gaza sejak keganasan bermula Isnin lalu.

Sementara itu, Israel melaporkan kematian 10 orang di pihaknya.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertemu pada hari Ahad untuk membincangkan keganasan terburuk selama bertahun-tahun di antara Palestin dan Israel. 

Terbaharu, jet tempur negara pengganas Israel melakukan lebih daripada 80 serangan udara di Gaza pada awal hari ini.

Wartawan Al Jazeera, Safwat Al-Kahlout mengatakan bahawa sasaran tersebut merangkumi beberapa pangkalan tentera dan keselamatan di wilayah Palestin, serta beberapa tanah kosong di timur bandar Gaza.

Sebuah bangunan empat tingkat juga dibom di pusat bandar Gaza, tetapi laporan awal menunjukkan bangunan itu sudah dikosongkan sebelum serangan.

“Api semakin marak di pangkalan tentera, pangkalan keselamatan, kem latihan yang kosong dan milik kumpulan pejuang Palestin,” katanya.

Setakat ini belum ada laporan mengenai korban nyawa susulan serangan itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Sulawesi menangis

Tragedi bencana alam yang berlaku di Sulawesi memberi kesan kepada ratusan ribu penduduk Sulawesi Tengah (Sulteng). Selain daripada…