Malaysia mengalu-alukan siasatan krisis 11 hari di Palestin

Kuala Lumpur: Malaysia kekal dengan pendirian bahawa Israel mesti dipertanggungjawab atas semua kesalahan termasuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa oleh Majlis Hak Asasi Manusia untuk menyiasat pelanggaran undang-undang hak asasi manusia antarabangsa semasa krisis 11 hari di Palestin, Mei lalu.

Menurutnya, Malaysia juga menggesa kehadiran pasukan antarabangsa sementara di bandar Al-Quds untuk memantau dan menghentikan permusuhan dalam wilayah Palestin yang diduduki Israel.

“Malaysia terkejut dengan kematian ramai orang awam di Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak, berikutan serangan kejam oleh Israel pada Mei lalu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pelanggaran dan pencerobohan oleh tentera serta peneroka Israel terhadap jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa.

“Pencerobohan yang disasarkan terhadap jemaah memang menghina semua umat Islam atau mana-mana agama yang cintakan keamanan,” katanya.

Beliau berkata dalam ucapan sulungnya pada Debat Umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menerusi rakaman video hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri menyentuh mengenai isu Afghanistan dan berkata, Malaysia terkejut dengan serangan pengganas di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai pada bulan lalu yang mengorbankan banyak nyawa tidak bersalah.

“Keluarga dunia mesti bersama-sama menyokong Afghanistan ketika ini termasuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyatnya.

“Malaysia bersedia untuk menghulurkan bantuan dan melakukan apa yang termampu,” katanya.

Mengenai situasi di Myanmar dan isu Rohingya pula, beliau berkata, Malaysia mendesak pihak berkuasa negara itu untuk menerima kunjungan Utusan Khas Asean dan membantu dalam tugasan serta mempercepat pelaksanaan ‘Konsensus Lima Perkara’.

Tambah beliau, negara anggota Asean mengambil langkah terbabit dengan pihak utama dalam konflik di Myanmar untuk menghulurkan bantuan sekiranya perlu.

“Malaysia menyokong sepenuhnya usaha yang dibuat Utusan Khas Asean di Myanmar. Namun, kami tetap bimbang kerana pihak berkuasa negara itu masih belum membenarkan utusan khas itu berkunjung,” katanya.

Menurutnya, Malaysia menekankan betapa pentingnya menghormati kehendak dan kepentingan rakyat Myanmar, malah terdapat keperluan untuk mencari jalan penyelesaian terutama ketika negara berkenaan berdepan cabaran.

Malaysia mempunyai lebih daripada 154,000 pelarian dari Myanmar yang membentuk 86 peratus pelarian di negara ini, lebih 66 peratus daripadanya adalah etnik minoriti Rohingya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Menjual doa

  Beberapa hari lepas saya terkejut apabila melihat satu fanpage facebook yang menawarkan khidmat berdoa di tanah suci.…