
Soalan:
Soalan saya, mohon pencerahan, bagi memeriahkan Krismas kepada para pengunjung hospital bolehkah kami menghiburkan penghuni wad dengan persembahan Christmas Carolling sempena sambutan Hari Krismas?
Ringkasan Jawapan:
Pada dasarnya Islam tidak mengharamkan hiburan selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak mengandungi unsur keagamaan agama lain. Oleh itu, hukum menyertai Christmas Carolling adalah haram kerana lirik lagu-lagunya yang mengandungi unsur agama Kristian dan bercanggah dengan syarak. Umat Islam hendaklah menjauhi upacara-upacara keagamaan agama lain sama ada dalam bentuk nyanyian atau lainnya.
Huraian Jawapan:
Christmas Carollingย bermaksud lagu yang bertemakanย Krismas, kebiasaannya ia dinyanyikan pada hari Krismas. Istilahย noelย kadang kala digunakan terutamanya bagi lagu-lagu karol yang berasal dari Perancis.ย Lagu-lagu ini mula diketahui pada abad ke-4 namun lagu Krismas dalam bahasa Inggeris muncul pada tahun 1426 dalam penulisan John Awdlay yang telah menulis 25 lagu โcaroles of Cristemasโ. Hari ini lagu-laguย Christmas Carollingย masih lagi mengandungi unsur-unsur keagamaan kristian seperti lagu yang bertajukย A Bone God Wot.
Secara asasnya hukum nyanyian adalah diharuskan selagi mana ia tidak berunsur pemujaan dan galakan minum arak, pergaulan bebas tanpa batas, lirik yang menyanggahi syariat dan akidah Islam serta melalaikan pendengar dan pengamal muzik daripada tanggungjawab dan kewajipan agama. Mengenai hukum nyanyian kami telah bincangkan dengan panjang lebar dalam artikel bertajuk: Bayan Linnas Siri Ke-197: Islam Dan Muzik. Diriwayatkan daripada โAisyah RA, dia berkata:
ุฃููููููุง ุฒููููุชู ุงู ูุฑูุฃูุฉู ุฅูููู ุฑูุฌููู ู ููู ุงูุฃูููุตูุงุฑู ููููุงูู ููุจูููู ุงูููููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู โ “โ ููุง ุนูุงุฆูุดูุฉู ู ูุง ููุงูู ู ูุนูููู ู ูููููู ููุฅูููู ุงูุฃูููุตูุงุฑู ููุนูุฌูุจูููู ู ุงูููููููู
Maksudnya: โAisyah RA mempersiapkan seorang wanita untuk dinikahi seorang lelaki. Rasulullah SAW pun bersabda: โWahai โAisyah, tidak adakah sebarang hiburan dalam majlis perkahwinan ini? Sesungguhnya kaum Ansar amat menyukai hiburan.
(Riwayat al-Bukhari)
Islam tidak menolak hiburan namun ia hendaklah mengikut kepada garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fiqh al-Ghinaโ wa al-Musiqi fi Dhauโ al-Quran wa al-Sunnah meletakan beberapa etika yang mesti dipatuhi dalam hiburan:
- Memastikan lirik lagu tidak bercanggah dengan syarak.
- Memastikan persembahan yang dilakukan tidak melampau.
- Memastikan nyanyian tersebut tidak disertai dengan perkara yang haram.
- Tidak berlebih-lebihan.
Selain itu, Imam al-Ghazali menjelaskan beberapa faktor yang boleh menyebabkan hukum nyanyian boleh berubah menjadi haram yang antaranya:
ูุฅู ูุงู ููู ุดูุก ู ู ุงูุฎูุง ูุงููุญุด ูุงููุฌู ุฃู ู ุง ูู ูุฐุจ ุนูู ุงููู ุชุนุงูู ูุนูู ุฑุณููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุฃู ุนูู ุงูุตุญุงุจุฉ ุฑุถู ุงููู ุนููู ูู ุง ุฑุชุจู ุงูุฑูุงูุถ ูู ูุฌุงุก ุงูุตุญุงุจุฉ ูุบูุฑูู ูุณู ุงุน ุฐูู ุญุฑุงู ุจุฃูุญุงู ูุบูุฑ ุฃูุญุงูุ ูุงูู ุณุชู ุน ุดุฑูู ูููุงุฆู .
Maksudnya: โJika ada di dalamnya perkataan yang kotor, keji, cercaan atau penipuan terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW, atau terhadap para sahabat sebagai mana yang dilakukan oleh golongan Rafidhah dalam celaan mereka kepada para sahabat dan selain daripada mereka, maka diharamkan mendengarnya sama ada ia dimelodikan atau tidak. Manakala orang yang mendengarnya juga dikira bersubahat dengan orang yang melantunkannya.โ
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Rabiโ binti Muโawwiz bahawa Rasulullah SAW menghadiri hari perkahwinan saya, Baginda duduk di atas katil saya seperti mana anda duduk bersama saya. Lalu kanak-kanak dari kalangan hamba kami mula memukul rebana dan menyebutkan keluargaku yang telah terbunuh pada perang Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata: Di antara kami ada seorang Nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku hari esok. Maka Nabi SAW bersabda:
ุฏูุนูู ููุฐูุงุ ูููููููู ู ูุง ููููุชู ุชููููููููู
Maksudnya: โTinggalkan perkataan tersebut dan katakan selainnya apa yang anda telah katakan.โ
(Riwayat Ibn Hibban)
Disebutkan dalam kitabย Syarah Masabih al-Sunnahย bahawa Nabi SAW melarang perkataan tersebut kerana baginda tidak suka untuk menisbahkan mengetahui perkara ghaib kepada dirinya. Tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT dan baginda hanya mengetahuinya dari apa diberitahukan oleh Allah SWT.
Oleh yang demikian, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Maksud โbertentangan dengan akidah Islamโ ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
- menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
- menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama bukan Islam.
- meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
- memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
- tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.
Kesimpulan
Pada dasarnya Islam tidak mengharamkan hiburan selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak mengandungi unsur keagamaan agama lain. Oleh itu, hukum menyertai Christmas Carolling adalah haram kerana lirik lagu-lagunya yang mengandungi unsur agama Kristian dan bercanggah dengan syarak.
Wallahu A’lam
www.indahnyaislam.my
โ-โ
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM







