Artis Beragama Islam dan Berpakaian Mencolok Mata Boleh Diambil Tindakan Jenayah Syariah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, kini sedang meneliti kemungkinan mengenakan tindakan jenayah syariah terhadap selebriti beragama Islam yang berpakaian mencolok mata.

Beliau berkata, perkara itu termasuk semakan semula terhadap garis panduan pemakaian selebriti Islam bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan, enakmen, atau undang-undang jenayah syariah.

“Dari sudut tindakan itu, kita akan lihat terlebih dahulu sekiranya terdapat pelanggaran mana-mana peraturan, enakmen dan jenayah syariah… tindakan jenayah syariah sedang dalam penelitian kita,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-18 Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), di sini.

Pendakwah selebriti, Asma’ Harun turut memberikan teguran terbuka dan berpandangan penampilan Dolla dalam video muzik terbabit tidak bermoral dan memalukan wanita yang beragama Islam.

Hadir sama, Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd, Zuri Zabuddin Budiman, dan Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP, Prof Madya Dr Mohammad Firdaus Low Abdullah.

Mohd Na’im berkata beliau telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyemak semula garis panduan sedia ada berkaitan pemakaian selebriti beragama Islam.

“Semakan ini antara langkah bagi menangani isu pakaian segelintir selebriti wanita Melayu Islam yang tampil dengan fesyen mencolok mata dalam persembahan atau karya seni mereka,” katanya.

Beliau menekankan bahawa garis panduan semata-mata tidak mencukupi perubahan sebenar seharusnya datang daripada hati nurani sendiri.

“Golongan selebriti sepatutnya lebih cakna terhadap penampilan mereka kerana mereka sering dijadikan idola, khususnya oleh golongan muda. Setiap tindakan mereka seharusnya memberi pahala dan membawa generasi muda ke arah kebaikan,” tambahnya.

Mohd Na’im berharap selebriti dapat menunjukkan contoh terbaik, mematuhi peraturan sebagai orang Islam, dan mengamalkan adab budaya di Timur.

Sumber: Berita Harian

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts