Israel musnahkan 11 kediaman rakyat Palestin di Jerusalem

691875601001994640360no

 

JERUSALEM – Pihak berkuasa Israel berterusan bertindak zalim apabila memusnahkan 11 kediaman rakyat Palestin di kawasan pinggir Jerusalem.

Beberapa kenderaan keselamatan Israel dan jentolak menjalankan perobohan di Qalandiya kerana mendakwa pemilik bangunan itu tidak mempunyai permit.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel enggan memberi maklum balas mengenai permintaan untuk maklumat berhubung tindakan perobohan itu.

Badan bukan kerajaan (NGO), Ir Amim berkata, dua daripada rumah itu dianggap sebahagian daripada Tebing Barat manakala sembilan lagi adalah Timur Jerusalem.

Pertempuran tercetus semasa tindakan perobohan dilakukan sehingga menyebabkan beberapa rakyat Palestin cedera.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/israel-musnahkan-11-kediaman-rakyat-palestin-di-jerusalem/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts