125 Calon SPM di Selangor Terjejas Akibat Banjir, 558 Calon Lain dikenal Pasti Berisiko

SHAH ALAM – Seramai 125 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan terjejas akibat bencana alam termasuk banjir di Selangor pada hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor (Sektor Pengurusan Sekolah), Mohd. Azuan Mohd. Nawawi berkata sebanyak 118 calon terkesan akibat banjir, manakala 11 lagi disebabkan kejadian tanah runtuh.

Keseluruhan calon berkenaan melibatkan 14 buah sekolah di negeri itu.

Menurut beliau, calon diberikan pilihan sama ada ingin menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan asal atau di mana-mana pusat yang paling hampir dengan lokasi mereka.

Pihak Jabatan Pendidikan Selangor turut bekerjasama dengan agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menyediakan kemudahan trak agar tiada calon tercicir daripada menduduki SPM tahun ini.

Dalam perkembangan sama, 57 calon dari SMK Dusun Nanding, Hulu Langat ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memudahkan pergerakan mereka, memandangkan rumah masing-masing terjejas banjir.

Sekolah berkenaan tidak terjejas dan pusat peperiksaan berjalan seperti biasa, dengan enam orang guru ditempatkan sepenuh masa bagi tujuan kawalan dan keselamatan.

Tambah Mohd. Azuan, pihaknya turut mengenal pasti 558 calon berisiko dari 26 buah sekolah yang mungkin terjejas sekiranya bencana alam terus berlaku. Secara keseluruhan, Selangor merekodkan seramai 75,489 calon SPM melibatkan 502 pusat peperiksaan.

Sumber: Kosmo

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts