Kajang, 1 Disember 2025 — Seorang pelajar berusia 11 tahun, Adik Irfan Muslim, muncul sebagai graduan Subuh Challenge selepas berjaya mengekalkan kehadiran Subuh berjemaah selama 40 hari berturut-turut di Musolla Al-Muttaqin, Residensi Zamrud Kajang Blok E.
Penghargaan tersebut disampaikan selepas solat Isyak tadi dalam satu majlis ringkas meraikan komitmen beliau. Irfan yang baru menamatkan UPKK merupakan pelajar Sekolah Rendah Islam ABIM Sungai Ramal. Beliau juga telah khatam al-Quran pada usia 10 tahun melalui Kelas Ngaji Abah dan kini turut berkhidmat sebagai tutor, membantu menyemak bacaan murid tahap Iqra.
Kejayaan Irfan turut diikuti adiknya, Ayra, yang berada di tempat kedua dengan rekod 35 hari Subuh berjemaah berturut-turut.
Program Subuh Challenge merupakan inisiatif Musolla Al-Muttaqin yang bermula pada 23 Ogos 2025, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan. Usaha ini bertujuan memupuk jati diri generasi muda melalui pembiasaan amalan Subuh berjemaah secara konsisten.
Pihak musolla menyatakan komitmen untuk meneruskan inisiatif tersebut bagi melahirkan lebih ramai anak muda yang berdisiplin, berakhlak mulia dan terikat dengan masjid.
Sumber: Hantaran Facebook Bilal Jailani
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam








