Indahnya Islam Indahnya Islam
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
The Latest
10,000 tahanan rakyat P akan dihukum mati harini
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
April 2, 2026
1 minute read
No comments
Maahad Tahfiz Turath Pahang unggul dalam SPM 2025, pelajar turut hafal 30 juzuk al-Quran
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
April 1, 2026
1 minute read
No comments
GSPP Tekan Malaysia Perkukuh Tindakan Diplomatik Bela Tahanan Rakyat P
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
April 1, 2026
2 minute read
No comments
Buat Pertama Kali, Malam Lailatul Qadar Tanpa Jemaah di Masjid Al-Aqsa
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
March 16, 2026
3 minute read
No comments
  • zakir naik
  • woldcup
  • wanita
  • uthmaniyyah
  • ustaz
  • umrah
  • turki
  • turkey
  • tinju
  • texas
  • Semasa

Lebih banyak institusi kewangan Islam perlu disenaraikan

September 20, 2017
2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0

 

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) sentiasa terbuka kepada lebih banyak penyenaraian institusi kewangan islam di papan utama Bursa Malaysia.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, buat masa ini hanya dua peratus institusi kewangan tersenarai yang menawarkan saham patuh syariah di negara ini.

“Ketika ini 60 peratus daripada saham di Bursa Malaysia adalah patuh syariah tetapi dari segi pasaran modal, ada jurang yang sangat besar dari segi perkhidmatan kewangan yang hanya me­rangkumi dua peratus.

“Jadi, kami amat menggalakkan lebih banyak institusi kewangan Islam disenaraikan bagi menggalakkan penawaran saham islamik (i-share),” katanya selepas merasmikan Persidangan Tadbir Urus dan Jaminan Syariah PNB-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad dan Ketua Pegawai Maybank Islamic Berhad, Datuk Mohamed Rafique Merican Mohd. Wahiduddin Merican.

Persidangan tersebut adalah kerjasama antara Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM, PNB dan Maybank Islamic bertujuan me­mbangunkan satu standard tadbir urus dan jaminan syariah bagi memenuhi kepentingan pematuhan syariah.

Sebelum ini, PNB dilaporkan bercadang untuk menukarkan kira-kira 20 peratus saham Maybank kepada saham Islamik atau i-shares menerusi mekanisme pengasing­an aset tanpa dikendalikan entiti berasingan.

Langkah itu sekiranya berjaya akan menyaksikan saham i-Maybank yang ditetapkan akan menjadi aset syariah bernilai kira-kira RM20 bilion.

PNB memiliki pegangan 48 peratus di dalam Maybank, kumpulan bank terbesar Malaysia yang merupakan bank keempat terbesar di ASEAN berdasarkan jumlah aset dan bank Islam kelima terbesar di dunia.

Sementara itu, Abdul Wahid memberitahu, PNB sudah memperoleh kelulusan ‘harus’ daripada Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang bagi produk pelaburan di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam mesyua­ratnya yang diadakan 15 Ogos lalu.

Katanya, kelulusan terbaharu itu menandakan satu pencapaian kepada PNB dan menjadikan ke­semua negeri di Malaysia sudah memberi kelulusan tersebut selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berbuat demikian pada 27 April lalu.

“Masyarakat perlu mempunyai pemahaman yang jelas mengenai status dana-dana ASNB terutama ASB memandangkan ia dimani­pulasi oleh sesetengah pihak.

“Jadi, kita berharap dengan memperoleh kelulusan ‘harus’ daripada semua negeri di Malaysia, maka tidak timbul lagi keraguan dalam pelaburan di ASNB dan mengalu-alukan lebih banyak pelabur dari Selangor dan Pulau Pinang,” katanya. – Utusan

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Pin it 0
Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Indahnya Islam
Related Posts
Read More
3 minute read
  • Semasa

Logo halal kita terbaik di dunia

  BARU-baru ini sekali lagi Industri Halal di Malaysia dihebohkan pula dengan isu status Halal sebuah syarikat makanan…
byadmin
October 21, 2016
2 comments
Read More
3 minute read
  • Semasa

Umat Islam wajar mengunjungi Masjid Al-Aqsa: Mufti Perlis

  HARI itu, pagi tanggal 5 Oktober 2018, hati berdebar-debar untuk memasuki Israel. Sejujurnya, tiada antara delegasi Majlis…
byadmin
October 17, 2018
No comments
Read More
2 minute read
  • Semasa

Hubungan suami isteri di depan khalayak, perlu ada batas

Kuala Lumpur: Adegan tidak bersesuaian dan dikongsikan di media sosial akan menimbulkan fitnah, keraguan serta perbincangan dalam kalangan…
bynurdieyla
September 15, 2023
No comments
Read More
1 minute read
  • Semasa

Kementerian luar sedia bantu urusan jemaah haji

  KUALA LUMPUR – Kementerian Luar sedia membantu menyelaraskan urusan jemaah Haji Malaysia mengikut bidang kuasa kementerian itu…
byadmin
May 26, 2021
No comments
Indahnya Islam Indahnya Islam
⚡ oleh Rekasawang