Rejim Myanmar mengaku bunuh etnik Islam Rohingya

 

SITTWE – Tentera Myanmar mengakui anggotanya telah membunuh 10 etnik Islam Rohingya yang ditangkap, ketika serangan awal bulan September, tahun lalu.

Ketua tentera itu dalam satu kenyataan berkata, anggotanya mengaku melakukan pembunuhan.

“Pasukan keselamatan telah menjalankan ‘operasi pembersihan’ pada 1 September, mereka mengaku membunuh 10 orang etnik Rohingya,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Ketua Panglima, Senior General Min Aung Hlaing.

Ini kali pertama pengakuan tersebut dibuat selepas krisis kemanusiaan berlaku di Myanmar, sehingga memaksa ratusan ribu penduduk Rohingya melarikan diri dari kampung halaman mereka.

Tentera Myanmar telah melancarkan serangan balas di utara negara itu sebagai tindak balas kepada serangan warga Rohingya pada 25 Ogos, yang menyebabkan penghijrahan lebih daripada 650,000 penduduk Rohingya Muslim.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengutuk perbuatan tentera sebagai pembersihan etnik. Myanmar bagaimanapun menafikan, dengan mengatakan bahawa pasukannya menjalankan operasi pengawalan ketenteraman yang sah.

Pada 18 Disember, tentera Myanmar mengesahkan terdapat kubur besar yang mengandungi 10 mayat di kampung penginapan Inn Din, kira-kira 50km (30 batu) di utara ibu negeri Sittwe. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts