Israel tukar Hospital Nasser jadi berek tentera

Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran tindakan Israel mengubah Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis menjadi berek tentera, membahayakan nyawa pesakit di kawasan itu.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, Kompleks Perubatan Nasser sedang menyaksikan situasi bencana dan membimbangkan akibat penukarannya menjadi berek tentera.

Pihaknya juga memberi amaran mengenai pemberhentian penjana akibat kehabisan bahan api dalam tempoh 24 jam akan datang, membahayakan nyawa pesakit termasuk enam yang menggunakan ventilator di unit rawatan rapi.

Kementerian berkata, pasukan penceroboh memaksa 95 pekerja kesihatan, 11 ahli keluarga mereka, 191 pesakit dan 165 waris serta orang awam berpindah ke bangunan lama Kompleks Perubatan Nasser dalam keadaan menakutkan.

Katanya, situasi di wilayah itu membimbangkan kerana tiada makanan atau susu untuk kanak-kanak dan terdapat kekurangan bekalan air yang serius.

Bahkan, pasukan perubatan juga tidak dapat memberikan sebarang rawatan kepada pesakit, sekali gus menjejaskan keadaan kesihatan mereka secara sepenuhnya.

Sebelum ini, kementerian memaklumkan pasukan penceroboh Israel menyerbu Kompleks Perubatan Nasser dan mengubahnya menjadi berek tentera selepas merobohkan tembok selatan.

Katanya, pasukan Israel menyasarkan ibu pejabat ambulans dan khemah penduduk yang dipindahkan serta menggali kubur besar dalam pusat perubatan berkenaan.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts