Hamas tidak akan letak senjata mahupun iktiraf Israel

 

SEMENANJUNG GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menetapkan pendirian tegas untuk tidak mengiktiraf Israel selamanya, dan tidak akan melucutkan senjata mereka.

Meskipun didesak Amerika Syarikat, Hamas sama sekali tidak akan menurut perintah kuasa besar negara itu.

Ketua Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Yahya Sinwar berkata, tidak ada seorang pun yang layak memaksa pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza meletak senjata atau mengiktiraf Israel.

Katanya, semua perlu tahu bahawa Amerika atau sesiapa sahaja tidak mampu memaksa mereka mengiktiraf pendudukan haram Israel itu.

“Tiada seorang pun di alam semesta ini yang boleh melucutkan senjata kami. Sebaliknya, kami akan terus berkuasa untuk melindungi rakyat kami,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Wakil khas Presiden Amerika Syarikat bagi rundingan antarabangsa, Jason Greenblatt, semalam yang berkata, Hamas mesti melucutkan senjatanya jika mahu memainkan peranan dalam kerajaan perpaduan.

Presiden Palestin yang juga pemimpin Pergerakan Fatah, Mahmud Abbas terdahulu telah memeterai perjanjian perdamaian dengan Hamas di Kaherah bertujuan menamatkan perpecahan sejak 10 tahun lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts