Maahad Al-Fateh sasar khatam 30 juzuk dalam 3 malam terawih sempena Nuzul al-Qur’an

BATANG KALI, 05 MAC- Bersempena peristiwa Nuzul Al-Qur’an, pihak Maahad Al-Fateh menganjurkan program khas Khatam Al-Qur’an dalam Solat Terawih selama tiga malam berturut-turut, bermula malam ini dan akan berakhir pada Sabtu malam.

Program ini mensasarkan penyempurnaan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an dalam tempoh tiga malam, dengan pembahagian 10 juzuk setiap malam. Inisiatif ini diadakan sebagai usaha menghidupkan semangat Ramadan serta memperingati turunnya Al-Qur’an dengan penghayatan dan tadabbur yang lebih mendalam.

Solat Terawih sepanjang tiga malam tersebut akan diimamkan oleh para hafiz dan calon hafiz Maahad Al-Fateh, termasuk Hafiz Syahadah Ula serta calon Hafiz dan Syahadah Ula yang dijangka menduduki penilaian pada tahun ini. Penglibatan mereka bukan sahaja mencerminkan komitmen institusi dalam melahirkan generasi huffaz yang berkualiti, malah memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan hafazan dalam suasana ibadah sebenar bersama jemaah.

Pihak penganjur berharap agar program ini menjadi medan memperkukuh hubungan dengan Al-Qur’an dalam kalangan masyarakat serta menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT.

“Moga-moga diterima segala amalan dan usaha kecil ini sebagai tanda cinta kita kepada Al-Qur’an,” ujar wakil pihak pengurusan Maahad Al-Fateh.

Sumber: Facebook Muhammad M.Hasan

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Indahnya Islam : klik telegram.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts