Solat berjemaah dan sekolah agama

 

ISU wajib solat berjemaah Zohor sebelum balik tidak timbul di sekolah agama.

Dan saat ini ribuan ibu bapa bersungguh-sungguh menghantar anak-anak lepasan UPSR pergi temuduga masuk tingkatan satu di sekolah agama.

Sudah tentu, lebih dua pertiga daripada pemohon terpaksa ditolak, kerana bilangan sekolah agama kerajaan terhad.

Maka sebahagian ibu bapa yang mampu hantar anak ke sekolah agama swasta. Bergolok bergadai pun tak apa, asalkan sekolah agama.

Apa tidaknya, kalau hantar anak ke sekolah biasa, nak disuruh solat berjemaah Zohor pun dibentak oleh puak Melayu yang kita tak pasti dia agama apa.

Kerajaan tak nampak ke apa yang berlaku? Tak nampak ke rakyat berebut-rebut hantar anak ke sekolah agama. Tak nampak ke sekolah agama tak cukup. Malah sekolah agama yang ada pula untuk budak yang skor A yang belum tentu pintar menyelesaikan masalah hidup.

Kerajaan tak nampak ke pendidikan agama untuk pelajar muslim di sekolah biasa dibentak oleh puak Melayu yang kita tak tahu apa agama dia? Atau buat-buat tak nampak?

Kita bukan nak merampas hak orang bukan muslim, tapi kita nak hak pendidikan untuk diri kita. Tak kacau mereka pun.

Hatta orang Melayu yang kita tak pasti apa agama dia pun, kalau mereka tidak mahu anak mereka diajar solat, mereka boleh ambil anak mereka awal.

Kita nak ajar anak kita. Mengapa mereka pula bising? Eh, ini bukan isu toleransi lagi ni, ini isu tak tahu malu nak campur tangan urusan orang lain.

Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts