Rejim Israel terus tindas kanak-kanak Palestin

 

BAITULMADIS – Rejim pengganas Israel bukan sahaja bertindak kejam ke atas golongan dewasa dan warga emas Palestin, malah kanak-kanak turut menjadi mangsa keganasan mereka.

Terbaharu, rejim Zionis dirakam menangkap kanak-kanak Palestin dan memaksa mereka memetik sayur-sayuran di penempatan haram Israel, Havar Maon, di selatan Hebron dekat Tebing Barat yang diduduki.

Perkara berkenaan didedahkan oleh kumpulan hak asasi manusia Israel B’Tselem, yang menunjukkan beberapa kanak-kanak lelaki dibawa oleh rejim Zionis menaiki sebuah van putih.

Dalam rakaman sama, seorang kanak-kanak lelaki dilihat cuba campur tangan bagi menyelamatkan salah seorang kanak-kanak yang ditangkap, namun dihalang oleh rejim Zionis.

Jurucakap B’Tselem, Amit Gilutz berkata, perkara itu adalah satu lagi contoh penindasan mutlak Israel yang  ke atas hak rakyat Palestin.

“Kanak-kanak paling muda yang ditangkap semalam berusia lapan,” katanya.

Sementara itu, peguam hak asasi manusia yang mewakili kanak-kanak terbabit, Gaby Lasky berkata, kanak-kanak yang ditangkap itu berusia antara lapan hingga 13 tahun.

Kanak-kanak tertua berusia 12 dan 13 tahun akan disoal siasat pada minggu hadapan. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts