Meski sokong Palestin, Coldplay juga promosi LGBT

BANGI– Walaupun Coldplay menyokong perjuangan Palestin, kumpulan muzik ternama antarabangsa itu juga mempromosi elemen songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Atas sebab itu, Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi menegaskan, kemudaratan yang datang menyerap masuk membawa kerosakan pemikiran dan akhlak lebih wajar dibimbangi terhadap rakyat negara ini.

“Sekalipun kumpulan ini menyokong perjuangan Palestin, Coldplay juga dikatakan turut menyokong elemen LGBT.

“Kebejatan sosial serta penularan perlakuan songsang yang semakin membimbangkan dalam negara ini perlu dibanteras sekerasnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Dr Ahmad Sanusi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung keperluan meneruskan penganjuran konsert kumpulan Coldplay yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Anwar berkata, hal ini memandangkan, ada pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin yang menyokong penganjuran konsert berkenaan dan pada masa yang sama terdapat pihak lain yang menyarankan agar konsert itu dibatalkan.

“Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin, jadi ada masalah sikit saya nak beritahu, dalam kerajaan yang lepas telah luluskan (konsert) juga. Saya akan bincang dengan mufti (berhubung) keadaan ini.

“Kerana ada pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan berikan pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya menyatakan kenapa dihalang kumpulan yang sokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom itu dijadual mengadakan konsert bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts