Yayasan Maghfirah lancar kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak

BANGI – Insiden membabitkan peminum arak bukan isu baharu, namun sehingga kini masih belum ditangani secara tuntas.

Atas rasa tanggungjawab, gerakan Islam ISMA dan Yayasan Maghfirah melancarkan kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak yang turut mendapat sokongan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

PEACE, Indahnya Islam, PEMBELA dan ACCIN turut menjayakan kempen gergasi kepada rakyat Malaysia berkenaan bahaya arak kepada masyarakat.

ISMA menerusi satu kenyataan berkata, kempen ini bukan sahaja disasarkan kepada muslim sahaja, namun ia menyasarkan kepada setiap lapisan masyarakat.

Ini kerana, gerakan Islam itu percaya bahawa kesan arak ini kepada masyarakat sangat besar bahkan dalam mana-mana agama pun melarang penganutnya meminum arak.

“Kempen ini akan diadakan sepanjang Februari sehingga Mac di seluruh negara.

“Kempen ini bukan sahaja berjalan dari segi kempen kesedaran sahaja, tetapi ia adalah kempen yang akan menyentuh polisi-polisi negara,” katanya.

Selain itu katanya, kempen berkenaan turut membabitkan tatacara jualan arak di kedai-kedai termasuklah menyentuh penguatkuasaan undang-undang sedia ada terhadap apa-apa yang berkaitan dengan arak.

“Oleh itu rakyat Malaysia, sudahkah anda bersedia?

“Bersedia untuk menyahut kempen gergasi yang dinamakan, Malaysia Sejahtera Tanpa Arak,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts