Islam angkat wanita lebih tinggi dari feminisme: Dr Elmira Akhmetova

 

BANGI – Islam mengiktiraf wanita sebagai satu bahagian penting dalam masyarakat.

Sehubungan itu, Islam memberikan hak dan kedudukan yang mulia bagi wanita selari dengan fitrah kejadiannya.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berasal dari Rusia, Dr Elmira Akhmetova berkata, tamadun sebelum Islam tidak memberikan penghormatan kepada wanita.

“Penglibatan wanita dalam masyarakat akan membawa masyarakat menjadi lebih baik, membantu lelaki menilai sesuatu perkara dalam sudut yang lain.

“Islam memberi ruang kepada wanita untuk aktif dalam masyarakat, sejauh mana yang wanita itu mampu. Peranan wanita tak boleh dinafikan, dan wanita memerlukan lebih banyak pendidikan untuk berperanan dengan baik,” katanya kepada Ismaweb selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Women and Religion: Finding Place next to God’ dalam persidangan wanita antarabangsa IMEC 2017 di sini hari ini.

Mengulas mengenai perjuangan feminisme, beliau berkata feminisme muncul untuk membantu wanita yang didiskriminasi di Barat.

“Ia juga ada membantu meningkatkan kesedaran wanita yang tertindas di negara Islam tetapi ada perkara yang feminisme mahu tetapi kita tak mahu.

“Jika lelaki memikul beban beratnya 50 kilogram, adakah wanita juga perlu melakukannya? Kita tak mahu. Kita mahukan penghormatan maruah wanita.

“Islam sudah cukup mengangkat status wanita lebih tinggi berbanding feminisme,” katanya.

Selain itu katanya, Malaysia adalah contoh terbaik bagi seluruh dunia Islam bagi menunjukkan bagaimana sepatutnya seseorang wanita.

“Wanita Malaysia aktif, buat kerja dengan baik dan menyumbang ke arah masyarakat Malaysia dan dunia Islam yang lebih baik,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts