Gaza berdarah: Syahid selepas 10 hari bertarung nyawa

GAZA – Seorang rakyat Palestin dilaporkan meninggal dunia setelah hampir 10 hari bertarung nyawa akibat serangan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza, minggu lalu.

Mohammed Salem al-Sawarka, 40, disahkan meninggal dunia semalam akibat kecederaan parah ketika serangan terbaharu Israel ke atas Gaza pada 14 November lalu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.

Kematian Mohammed Salem itu menjadikan jumlah korban meningkat kepada sembilan, termasuk lima kanak-kanak dan dua wanita yang terbunuh dalam serangan udara Israel, menyasarkan rumah mereka di bandar Deir al-Balah di sini.

Serangan udara berlaku selama dua hari susulan pembunuhan Bahaa Abu al-Atta, komander kanan Jihad Islam, termasuk isterinya, Asmaa dalam serangan di rumah mereka di timur Gaza.

Sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lapan kanak-kanak menjadi korban serta puluhan yang lain cedera dalam serangan pengganas Israel, baru-baru ini.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts