Isu Baitulmaqdis: Ribuan sertai demonstrasi aman di Frankfurt

 

FRANKFURT – Sekitar seribu orang telah menghadiri perhimpunan aman di Frankfurt semalam bagi memprotes keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Polis memberitahu Reuters TV bahawa ia adalah satu protes yang damai serta berjalan dengan lancar.

Bandar itu juga secara khusus telah mengharamkan peserta perhimpunan membakar apa-apa objek dalam demonstrasi itu.

Ini kerana, pada 10 Disember lalu, kira-kira 2,500 berhimpun di Berlin bagi menunjukkan protes terhadap keputusan Trump dan satu bendera Israel dibakar, kata polis.

Mereka telah menjalankan siasatan ke atas 11 orang, salah seorang daripada mereka yang berkaitan dengan pembakaran bendera.

Keputusan Trump awal bulan ini untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menyebabkan kemarahan di seluruh dunia Arab dan kalangan sekutu Barat.

Ia telah membawa kepasa protes jalanan “Day of Rage” di wilayah Palestin dan beberapa tempat lain. – Ismaweb

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts