MAINS kaji naik had kifayah fakir dan miskin

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedang membuat kajian semula untuk menaikkan had kifayah fakir dan miskin di negeri ini, selain kesesuaian skim agihan yang baru.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata, pada masa ini had kifayah semasa yang digunakan di negeri ini berjumlah RM2,418 setiap keluarga.

Menurutnya, pendapatan di bawah kadar berkenaan akan dikira sebagai miskin selepas di buat tapisan dalam sistem e-had kifayah MAINS.

“MAINS sedang melakasanakan kajian bersama dengan pakar-pakar dari universiti awam. Antaranya kajian had kifayah. Selain itu, Kajian Tafsiran Asnaf dan Skim Bantuan juga sedang dibuat untuk tentukan tafsiran asnaf baharu bagi mewujudkan skim agihan yang baru.

“Kalau skim bantuan dahulu itu, penerima dapat RM250 secara pro rata walaupun berbeza bilangan anak. Pada tahun 2022, hasil kajian kita ubah skim bantuan ikut bilangan anak sehingga mencecah RM800 bagi had kifayah fakir.

“Manakala bagi kadar had kifayah miskin pula antara RM250 hingga RM550. Selain itu, kita ada 49 kedai panel bagi golongan asnaf yang mendapat bantuan bulanan makanan,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Ramah Mesra bersama Media, di sini, malam semalam.

Pada majlis berkenaan, MAINS turut menyampaikan bantuan khas sumbangan aktiviti kebajikan kepada pihak media Negeri Sembilan diwakili Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), Afifi Hafiz Mohd Nor.

Sementara itu, beliau turut menyatakan secara keseluruhannya, Mains menghulurkan bantuan berjumlah RM17,366,030 sempena ramadan kali ini meliputi pelbagai skim bantuan yang disediakan melibatkan 29,868 penerima. – KOSMO! ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts