SPRM perlu berani siasat kes rasuah, jangan tunggu berpuluh tahun

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu berani menyiasat sesuatu kes rasuah atau salah guna kuasa pada masa kejadian dan bukannya selepas bertahun-tahun kemudian.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, sekiranya kejadian rasuah dan salah guna kuasa itu berlaku pada tahun 2010 atau 2020, maka pada masa itulah pihak berkuasa perlu melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Meskipun beliau adalah menteri atau perdana menteri, isteri taikun, siasat pada masa itu juga,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Tambah beliau, kes yang membabitkan isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid sepatutnya disiasat pada masa kejadian dan bukannya berpuluh tahun kemudian.

“Kemudian menggunakan peruntukan yang tidak munasabah, bagi memberi anggapan kepada rakyat kononnya jika dia tidak dedah maksudnya dia bersalah.

“Bagi saya hampir mustahil untuk mematuhi setiap perincian notis tersebut, macam mana kita hendak pastikan kalau notis itu untuk 20 tahun, 30 tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, bagaimanapun undangundang negara ini tidak mengehadkan tempoh masa untuk membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap seseorang. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts