Pemuda Kahfi memerdekakan aqidah

 

1. RASULULLAH berpesan kepada kita supaya sentiasa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah:

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق

“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan memberikannya cahaya yang meneranginya sehingga ke Baitil Atiq (dilangit). (HR al-Nasa’i.) (Sebahagian hadith tentang perkara ini dihukumkan sebagai daif, namun menurut Sheikh Bin Baz, terdapat riwayat yang sahih menceritakan amalan Ibn Umar yang konsisten membacanya setiap hari Jumaat).

2. Surah al-Kahfi ini mengingatkan kita tentang perjuangan sekumpulan pemuda yang menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim. Mereka yang berusaha untuk memerdekakan aqidah mereka akan dipelihara oleh Allah. Lihatlah bagaimana Allah mengekalkan jasad mereka dalam tempoh ratusan tahun, satu kemuliaan yang Allah kurniakan buat mereka.

3. Menurut al-Imam al-Sa’di, Allah turut mempermudahkan urusan doa mereka. Lihatlah bagaimana Allah memperkenankan doa pemuda kahfi ini. Firman Allah:

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً

“Dan ketika mana kumpulan pemuda itu memasuki gua itu, mereka berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat.”

 

 

4. Lihat bagaimana Allah mengurniakan Rahmah buat mereka yang sentiasa memelihara perihal aqidah mereka. Ini bererti Rahmah akan diperolehi melalui kesungguhan menjaga aqidah, bukan menggadaikan aqidah kepada fahaman liberal dan plural.

5. Perhatikan bagaimana Allah turut pernah memelihara Nabi Ibrahim yang berjuang mempertahankan aqidah tauhid. Allah menyelamatkan Baginda daripada ancaman kaumnya yang berusaha membakar Nabi Ibrahim.

6. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, marilah bersama menghidupkan sunnah bacaan Surah al-Kahfi. Hayati perjuangan kumpulan pemuda ini yang mempertahankan aqidah mereka. Rahmah akan diperolehi buat mereka yang mempertahankan aqidah Islam dan bukan mereka yang menggadaikan aqidah umat.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts