Kesenian tazhib hiasi manuskrip Islam

 

KILAUAN keemasan dalam manuskrip Islam sering menjadi tarikan dan menimbulkan kekaguman kepada setiap orang yang melihatnya. Kebanyakan manuskrip Islam dari wilayah Islam yang berada bawah pemerintahan Dinasti Uthmaniyah, Safavid dan Mughal mempamerkan seni kilauan keemasan ini dalam helaian manuskrip yang berusia ratusan tahun.

Manuskrip Islam dari alam Melayu juga turut menggunakan seni ini dalam kerja iluminasi manuskrip, namun bukti warisan ketara ini tidak dapat bertahan dengan baik dalam persekitaran Nusantara ini.

Seni yang meninggalkan kilauan keemasan ini dikenali sebagai tazhib dalam manuskrip Islam. Dari sudut bahasa, perkataan tazhib berasal daripada perkataan ‘zahab’ yang bermaksud emas. Ia merupakan satu daripada cabang ilmu dan kemahiran yang diperlukan dalam kerja-kerja menghias manuskrip.

Dalam wilayah Islam yang disebutkan sebelum ini, seni tazhib banyak digunakan pada permukaan dekri diraja, surat, manuskrip al-Quran, manuskrip cerita rakyat, sijil pernikahan dan sebagainya. Ia digunakan dengan cara dan kadar yang berlainan daripada apa yang masih dapat dilihat pada manuskrip Islam dari alam Melayu.

PERMULAAN PENGGUNAAN

Di Iran, seni tazhib dipercayai digunakan sejak dari zaman pemerintahan sebelum Islam yang dikenali sebagai era pemerintahan Sasanid. Empayar Sasanid merupakan satu kuasa pemerintahan yang kuat di wilayah Parsi sejak dari 224 Masihi. Empayar Sasanid memerintah selama 400 tahun.

Dalam sejarah kesenian Islam, seni tazhib mula digunakan dengan teknik yang ringkas dalam hiasan manuskrip Islam sejak dari abad keempat Hijrah. Tahun demi tahun berlalu, kemahiran dan teknik seni tazhib makin mendapat perhatian serta permintaan pada abad keenam hingga abad kelapan Hijrah.

Orang yang bertanggungjawab menyebarkan keindahan dan kemahiran seni tazhib ini ialah seniman dari Parsi yang dikatakan membawa dan menggunakan serta mengajarkan kemahiran tazhib kepada penduduk di wilayah Islam lain, yang mereka jadikan tempat tinggal selepas berhijrah dari Parsi.

Antara wilayah Islam yang paling hampir dengan Parsi ialah India, Asia Tengah dan Turki. Namun begitu setiap kawasan ini telah mengolah teknik-teknik ini dan membuat sentuhan mereka yang tersendiri.

Sentuhan keemasan pada helaian manuskrip Islam yang paling mengagumkan ialah di mana keseluruhan helaian manuskrip dipenuhi dengan seni tazhib. Ia juga dihiasi dengan motif arabesque dan bunga-bungaan sebagai bingkai kepada teks yang juga ditulis dalam seni kaligrafi cantik dan halus.

Manuskrip Mughal, Safavid dan Uthmaniyah yang mempamerkan kilauan keemasan ini pada helaian muka suratnya akan selalu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Di negara ini, pelbagai jenis, teknik dan saiz seni tazhib dari beberapa wilayah utama Islam termasuk Nusantara boleh dilihat dan diamati di Galeri Quran dan Manuskrip Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Orang yang bertanggungjawab menyebarkan keindahan dan kemahiran seni tazhib ini ialah seniman dari Parsi yang berhijrah ke wilayah Islam yang lain.

Berasal dari perkataan ‘zahab’ yang membawa maksud emas. Ia merupakan satu daripada cabang ilmu dan kemahiran yang diperlukan dalam kerja menghias manuskrip

Dalam wilayah Islam, seni ini banyak digunakan pada permukaan dekri diraja, surat, manuskrip al-Quran, manuskrip cerita rakyat, sijil pernikahan dan sebagainya.

Dalam sejarah kesenian Islam, ia mula digunakan dengan teknik yang ringkas dalam hiasan manuskrip Islam sejak dari abad keempat Hijrah. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts