Agong kurnia sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada asnaf baitulmal sebagai persiapan mereka menyambut Aidilfitri.

Pengurniaan bantuan itu berlangsung dalam satu majlis berbuka puasa bersama agensi-agensi agama dan asnaf anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini semalam.

Pengurniaan itu menyaksikan jumlah bantuan bernilai RM12.68 juta melibatkan 25,965 asnaf di bawah program Bantuan Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP.

Majlis itu turut menjadi medium pertemuan pertama Yang di-Pertuan Agong dalam menzahirkan penghargaan kepada ketua-ketua agensi agama persekutuan dan negeri.

Yang hadir sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Selain pengurniaan sumbangan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama ahli kariah. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts