Agong, Permaisuri berkenan sertai Kuliah Dhuha Perdana

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis Kuliah Dhuha Perdana di surau utama, Istana Negara hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada jam 9.30 pagi disambut Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad bersama kira-kira 600 jemaah yang terdiri daripada penjawat awam serta wakil agensi kerajaan.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail.

 

 

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat sunat dhuha diikuti kuliah dhuha disampaikan oleh Zulkifli.

Zulkifli dalam kuliahnya mengingatkan jemaah mengenai kepentingan menuntut ilmu dan memahami konsep tasawuf dalam Islam.

Pasangan diraja itu turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 40 individu asnaf dan meluangkan masa bersantap bersama jemaah sebelum berangkat meninggalkan majlis pada 12 tengah hari. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts