Ahli jemaah tabligh diminta patuh arahan pihak berkuasa

 

BANGI – Pucuk pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia menggesa semua ahli jemaah tabligh dari 28 markas di seluruh negara supaya mengambil tanggungjawab dan mematuhi arahan pihak berkuasa dengan menjalani pemeriksaan kesihatan segera bagi membendung penularan COVID-19.

Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Abdullah Cheong berkata, tindakan itu supaya kerisauan, ketegangan dan tanggapan salah dari mana-mana pihak, baik rakyat mahupun pihak berkuasa dapat diredakan.

“Pihak berkuasa krisis nasional yang terdiri daripada pelbagai jabatan sedang berusaha tanpa mengenal penat dan lelah dalam menangani krisis wabak yang melanda.

“Mereka telah mengingatkan kita berulang kali untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam mencegah penularan wabak tersebut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini

Abdullah turut meminta jemaah yang terbabit dalam perhimpunan Jor Qudama’ dan Ulama’ segera menghubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing atau menghubungi Khidmat Nasihat Kesihatan Dalam Talian atau Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan perubatan.

 

 

“Semua aktiviti usaha kita yang boleh menimbulkan kerisauan dan penularan wabak tersebut hendaklah dihentikan serta-merta buat masa ini.

“Untuk sepanjang tempoh kuarantin Masjid Sri Petaling, tiada jemaah dibenarkan datang dan tiada jemaah akan dihantar keluar dari markaz kita sehingga keputusan mesyuarat selanjutnya Insya-Allah. Kami harap semua keputusan ini akan dapat ditaati dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan coronavirus COVID-19 dicatatkan, kebanyakannya berkait dengan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, menjadikan jumlah kes positif wabak itu kepada 428 kes.

Berdasarkan siasatan awal Kementerian Kesihatan, kebanyakan kesan baharu berkenaan adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts