Ajari anak kita bahawa Al-Quds sedang menanti siapa yang akan membebaskannya

Ajari anak kita bahawa Al-Quds sedang menanti siapa yang akan membebaskannya, bukan dibiarkannya terbebas sendiri.

Ajari anak kita bahawa kehidupan ini hanya sia-sia, walau hidup bertatah permata, jika kesibukan dan kesungguhannya tidak pernah terfikir isu Al-Quds dan Palestina.

Ajari anak kita bahawa kekuatan seorang mujahidin itu pada keterikatannya pada rumah-rumah Allah, wirid dan Al-Quran, sebelum bersiap sedia menghunus senjata

Ajari anak kita bahawa kalimah jihad itu adalah suci, dan ia adalah kemuncak agama yang menuntut harga yang cukup tinggi. Kalimah yang memerlukan jiwa-jiwa yang suci dari sebarang kepentingan peribadi, demi hanya meraih keredhaan Tuhan Yang Maha Tinggi.

Ajari anak kita bahawa kemuliaan seseorang itu adalah kehidupannya di atas jalan perjuangan agama, dan kemuncak kemuliaannya pada anugerah ‘syahadah’ yang diberikan kepada para mujahidin yang membeli syurga dengan nyawa dan darah.

Ajari anak kita bahawa hero-hero yang patut disanjung adalah para pejuang dan syuhada yang berusaha membebaskan tanah suci umat Islam, bukan hero-hero dalam televisyen, selebriti dan bintang bolasepak.

Ajari anak kita erti sebenar kehidupan adalah pada jalan pembebasan, bukan pada kesia-siaan, kerehatan dan hiburan.

Ajari anak kita bahawa … itulah makna sebuah kehidupan,

Dan erti sebenar kemanusiaan.

“Adakah Kami akan menjadikan orang yang beramal soleh seperti orang yang melakukan kerosakan di muka bumi ini, atau (adakah) Kami akan menyamakan orang yang bertaqwa seperti orang-orang yang berdosa ?” – Surah Shad, ayat 28

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama Isma (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Jauhi tujuh dosa besar

  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا…