Al-Aqsa tidak akan bebas dengan bersekongkol bersama Syiah

 

BANGI – Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa selamanya tidak akan mungkin dibebaskan dengan kita bersekongkol dengan Syiah yang selama ini merosakkan umat Islam daripada dalam.

“Sesiapa yang membaca sejarah Islam akan sedar bahawa Al-Aqsa hanya akan kembali bebas dengan penyatuan umat Islam bukan dengan kita bersekongkol dengan Syiah”

Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS) berkata demikian respon terhadap penganjuran Persidangan Ulama Se-Asia untuk Pembebasan Masjid Al-Aqsa yang diadakan semalam di Shah Alam.

 

 

Tambah beliau kami sendiri mendapat maklumat daripada Pertubuhan Ulama Palestin Luar Negara bahawa mereka telah menarik diri daripada persidangan tersebut kerana mendapati terdapat agenda tertentu di sebalik persidangan itu serta terdapat ulama Syiah daripada Iran sendiri yang hadir di dalam perbincangan tersebut.

“Ulama Syiah itu bukan sekadar hadir, bahkan mereka melontarkan idea-idea mereka seperti seperti isu taqrib Sunni-Syiah yang secara jelas telah ditolak oleh ramai ulama kontemporari hari ini”

Berdasarkan sumber mereka yang hadir, persidangan tesebut adalah jemputan atas nama Ustaz Ahmad Awang yang merupakan penasihat Parti Amanah Negara.

 

 

Kata beliau lagi ini suatu perkara yang amat menyedihkan, ketika umat Islam Sunni terus dizalimi oleh Syiah sama ada di Iraq, Syria dan dunia Islam lainnya, secara tiba-tiba kita memanggil mereka untuk menyelesaikan isu utama kita iaitu bumi Al-Quds.

“Isu al-Quds selamanya adalah isu umat Islam keseluruhannya dan hanya kita yang mampu menyelesaikannya, bukan menjemput pihak luar lagi-lagi dengan mereka yang secara jelas menyimpan dendam terhadap umat ini!”

Sumber: http://muis.org.my/2017/10/al-aqsa-tidak-akan-bebas-dengan-bersekongkol-bersama-syiah/

www.indahnyaislam.my

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts