Al-Azhar menolak penyelewengan kenyataan Sheikh al-Azhar isu poligami

 

1. Semalam laman facebook YADIM dan Sisters in Islam (melalui twitter mereka) berkongsi berita yang bertajuk “Poligami Tidak Beri Keadilan Pada Wanita.” Laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian itu memetik kenyataan dari Sheikh Ahmad Tayyib, Sheikh al-Azhar, Mesir. Beliau dikatakan menyifatkan poligami sebagai tidak adil (injustice).

2. Pusat Media-Komunikasi al-Azhar (al-Markaz al-I’lam li al-Azhar al-Sharif) bagaimanapun memberikan amaran dan menolak penyelewengan maklumat yang dilakukan oleh sesetengah pihak berkenaan kenyataan tersebut.

Ini kerana, penjelasan yang dikeluarkan oleh Sheikh al-Azhar ketika program temubual tersebut bertujuan menghuraikan tentang kezaliman yang dilakukan oleh sebahagian pihak. Beliau tidak menafikan poligami.

3. Melalui rakaman temubual tersebut, kita akan dapati bahawa pada minit ke 1:58, beliau menyebutkan:

ان هناك ظلما مؤكدا لحق بالمرأة

“Dan sesungguhnya di sana berlaku kezaliman yang pasti yang berkaitan dengan perempuan.” (Link video disertakan di bawah).

4. Setelah itu Sheikh al-Azhar menceritakan tentang pelbagai isu termasuk kezaliman yang dilakukan oleh sebahagian lelaki dalam perkahwinan mereka sehinggalah pada minit ke 5:58 hingga ke minit 6:07, beliau menyatakan:

تعدد الزوجات (هذا الشيء) تسعين بالمائة يتضمن ظلم الزوجة وظلم اهلها وظلم اولادها

“Poligami ini adalah sesuatu 90% mengandungi (perlakuan) zalim terhadap isteri, ahli keluarga dan anak-anak mereka.”

5. Kenyataan beliau yang berdurasi tidak sampai seminit inilah yang dijadikan fokus oleh sesetengah pihak untuk menggambarkan seolah poligami itu adalah kezaliman.

6. Pihak media pula dilihat memberikan tajuk yang mengelirukan yang seolah menggambarkan sesuatu yang telah dibenarkan oleh syariat ini sebagai satu kezaliman.

a- Berita Harian memberikan tajuk: “Poligami Tidak Beri Keadilan Pada Wanita”

b- Manakala laman FreeMalaysiaToday pula memberikan judul laporan yang bertajuk: Grand Imam of Egypt’s Al-Azhar Calls Polygamy an ‘Injustice’ (Imam Besar al-Azhar, Mesir Memanggil (Menggelar) Poligami Sebagai Tidak Adil).

7. Kenyataan sebegini amat membimbangkan bahkan mengelirukan. Ini kerana, Sheikh al-Azhar dalam temubual tersebut menekankan isu berlaku adil. Sebahagian kezaliman yang berlaku dikatakan hasil daripada penyelewangan penafsiran nas yang digunakan oleh pihak tertentu atas kepentingan peribadi mereka.

8. Sheikh al-Azhar turut menegaskan bahawa beliau sedikit pun tidak menafikan pensyariatan poligami. Tegas beliau:

لا أدعو إلى تشريعاتٍ تُلغي حقَّ التعدُّدِ بل أرفُضُ أيَّ تشريعٍ يَصدِمُ أو يَهدِمُ تشريعاتِ القرآنِ الكريمِ أو السُّنَّةِ المُطهَّرةِ

“Saya tidak menyeru kepada pemansuhan hak untuk berpoligami, bahkan apa yang saya tolak adalah penggubalan sesuatu yang bertentangan atau merobohkan syariat al-Quran dan Sunnah Nabi itu.” (Kenyataan ini dipetik pada 2016 ketikamana beliau pertama kali menyuarakan kebimbangan berhubung isu ini).

9. Jelas di sini bahawa Sheikh al-Azhar menyokong pensyariatan berpoligami. Apa yang membimbangkan kita adalah, terdapat kumpulan liberal yang akan memetik berita ini sebagai hujah mereka untuk menolak pensyariatan ini atas nama perjuangan hak kemanusiaan.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnnya Islam

Sumber berita:

1. Facebook Yadim: https://www.facebook.com/480621232017153/posts/2178383895574203/

2. Twitter Sisters in Islam: https://twitter.com/SistersinIslam

3. FMT: https://www.freemalaysiatoday.com/category/world/2019/03/03/grand-imam-of-egypts-al-azhar-calls-polygamy-an-injustice/

4. Berita Harian: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/03/536823/poligami-tidak-beri-keadilan-kepada-wanita-imam-al-azhar

5. Kenyataan Media Al Azhar yang dilapor oleh RT: https://arabic.rt.com/middle_east/1004639-الأزهر-يرد-على-تحريف-تصريحات-الشيخ-أحمد-الطيب-حول-تعدد-الزوجات/

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Ajaibnya solat Subuh!

  WAKTU Subuh, tatkala laungan azan berkumandang memanggil ke masjid, malaikat turun ke bumi dan menyaksikan orang soleh mengucapkan…