Aman Palestin agih 14,000 roti di enam kem pelarian Syria

 

AMAN Palestin Berhad mengagihkan 14,000 keping roti di enam kem pelarian Syria di Lembah Beqaa, Lubnan, semalam.

Walaupun berdepan dengan cuaca sejuk dan hujan di enam kem pelarian berkenaan ia tidak menjadi penghalang buat sukarelawan Aman Palestin mengagihkan bantuan dan sumbangan yang diamanahkan rakyat Malaysia itu.

Untuk rekod, roti (khub) berkenaan diproses di sebuah kilang yang terletak di Manarah, di Lembah Beqaa, Lubnan.

Penulis turut berpeluang melihat sendiri kerja penghasilan roti di kilang milik pertubuhan bukan kerajaan tempatan, Union of Relief and Development Association (URDA).

Kilang separa automatik itu berfungsi dengan tujuh pekerja membabitkan pelarian Syria, menghasilkan roti yang menjadi sebahagian makanan ruji pelarian di Lembah Beqaa.

 

 

Penulis yang meluangkan masa lebih dua jam di kilang berkenaan diberi penerangan mengenai operasi oleh Pengurus Kilang itu yang mahu dikenali sebagai Barak.

Menurut Barak, kilang berkenaan berupaya menghasilkan 1,000 paket roti sehari atau kira-kira 100 kilogram (kg) doh.

“Operasi kilang ini menggunakan dana hasil derma pelbagai pihak. Kami membelanjakan kira-kira AS$700 (RM2,877) untuk bahan mentah seperti tepung gandum dan yis, bagi memproses 1,200 paket roti setiap hari.

“Roti yang dihasilkan sebelah pagi perlu diagihkan petang yang sama, demi memastikan kesegarannya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Media dan Dokumentasi Aman Palestin, Anas Abdul Wahab berkata, Kem Yasmin, Kem Al-Awdah, Kem Al-Jasim, Kem Tel Wazzah, Kem Wasir Omar dan Kem Al-Hikmah antara kem pelarian yang menerima 14,000 roti berkenaan.

“Setiap keluarga menerima satu pek roti iaitu 14 keping setiap hari. Seramai 500 keluarga menerima manfaat daripada agihan 14,000 roti berkenaan. Aman Palestin peruntukkan RM15,000 wang sumbangan rakyat Malaysia,” katanya.

 

 

Rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib pelarian Syria dan Palestin boleh terus menyumbang kepada Aman Palestin menerusi akaun Maybank 562263010787. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.amanpalestin.net. – Harian Metro

⚡️Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke:
wasap.my/60193357019

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts