Aman Palestin : Perumahan, perubatan dan hospital jadi fokus kutipan sumbangan

KUALA LUMPUR: Aman Palestin menggariskan tiga fokus bantuan melalui tabung Bantuan Kecemasan Al-Aqsa berikutan konflik Israel-Palestin yang dijangka terus memuncak.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut, berkata pihaknya memberikan tumpuan utama kepada usaha untuk memperbaiki rumah-rumah yang rosak akibat serangan rejim Zionis. Bagi yang tidak boleh diperbaiki pihaknya akan mencari rumah sewa yang sesuai dan ia akan digerakkan secepat mungkin kerana perumahan adalah keperluan asas yang sangat mendesak.

“Kita juga akan menyalurkan bantuan perubatan untuk mangsa perang sama ada di Masjid al-Aqsa mahupun kawasan berdekatan. Fokus yang terakhir ialah menyiapkan unit kecemasan di sebuah hospital berdekatan Masjid al-Aqsa yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM1 juta,” katanya kepada BH hari ini.

Awang Suffian berkata, untuk menampung kos pelaksanaan bantuan itu, Aman Palestin meletakkan sasaran kutipan sumbangan sebanyak RM15 juta melalui tabung Bantuan Kecemasan al-Aqsa.

Sepanjang Ramadan lalu pihaknya menyalurkan sumbangan RM10 juta kepada rakyat Palestin melalui kempen Ramadan Bersama yang dilancarkan pada Februari lalu sempena ulang tahun ke-15 penubuhan Aman Palestin.

“Sempena kempen Ramadan Bersama, kita telah salurkan bantuan sejak sebelum Ramadan hingga ke 10 malam terakhir Ramadan. Sehari selepas serangan di Masjidil Al-Aqsa pun kita berpeluang menyalurkan bantuan sahur kepada jemaah yang beriktikaf di masjid itu,” katanya.

Mengenai perkembangan terbaru di Gaza, beliau berkata, rejim Zionis masih melancarkan serangan dengan yang terbaru jam 1 pagi tadi membabitkan 200 roket.

“Alhamdulillah tiada kecederaan atau kematian dilaporkan kerana roket berkenaan jatuh di kawasan lapang, bukannya kawasan penempatan,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menyumbang kepada tabung Bantuan Kecemasan Al-Aqsa boleh melayari laman web:https://www.amanpalestin.net/. – Bharian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts