Arab Saudi benar buka kedai waktu solat

 

RIYADH – Arab Saudi secara rasmi membenarkan premis perniagaan dibuka sewaktu solat fardu, sekali gus menarik balik larangan selama 40 tahun oleh kerajaan negara itu.

Persekutuan Dewan Saudi berkata, kebenaran itu selaras dengan tindakan mencegah penularan COVID-19, demi menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan serta mengelakkan orang ramai berhimpun lama sepanjang perniagaan ditutup ketika waktu solat.

“Langkah ini membolehkan kedai tetap dibuka dan operasi kegiatan komersial serta ekonomi berjalan sepanjang waktu bekerja sekali gus membolehkan pelanggan termasuk peniaga menunaikan solat,” katanya. 

Keputusan membatalkan larangan 40 tahun itu dibuat berdasarkan peraturan jawatankuasa Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar pada tahun 1980. 

Dalam beberapa artikel lain, jawatankuasa itu menguatkuasakan kewajiban solat setiap hari dan memerintahkan penutupan premis perniagaan ketika waktu solat. 

Bagaimanapun, keputusan terbaharu ini adalah perubahan ekonomi dan sosial yang diperkenalkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman sejak menjadi pemimpin Arab Saudi mulai 2017, bagi mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap minyak dan mengubah peranan agama. –  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Indahnya Islam

Indahnya Islam – Sebuah platform bagi mengajak masyarakat untuk bersama merasai keindahan Islam melalui pengamalan Islam secara menyeluruh…