Arab Saudi benarkan jemaah iktikaf 10 hari terakhir Ramadan

 

JEDDAH– Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan membenarkan jemaah beriktikaf selama 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Pengumuman itu dilakukan menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna, di mana solat sunat dilakukan antara Isyak dan sebelum solat Subuh.

Pada masa sama, beberapa kementerian dan jabatan pemerintah mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 kepada kakitangannya sebagai syarat memasuki tempat kerja mereka.

Kakitangan terbabit harus mengemas kini status vaksinasi itu di aplikasi Tawakkalna.

Kementerian Undang-Undang, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengawalan Sempadan, serta Kementerian Pertahanan antara yang perlu menyenaraikan kakitangan yang masih belum menerima vaksin bagi mengelakkan jangkitan wabak itu di tempat kerja.

Setakat ini, seramai 8,969,167 orang di Arab Saudi telah menerima suntikan vaksin.

Semalam, Arab Saudi melaporkan 11 kematian baharu menjadikan jumlah individu maut akibat COVID-19 seramai 6,946 orang.

Kementerian Kesihatan pada semalam turut merekodkan 1,026 kes baharu menjadikan jumlah individu dijangkiti penyakit itu seramai 416,307 orang.

Selain itu, negara itu turut mencatatkan sebanyak 9,852 kes aktif dengan 1,312 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Sebanyak 441 kes baharu direkodkan adalah di Riyadh, 233 di Makkah manakala 133 lagi di wilayah Timur serta 33 di Madinah.

Malah, 1,055 pesakit telah pulih menjadikan jumlah pulih keseluruhan sebanyak 399,509 orang.-Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts