Arab Saudi kaji larangan jemaah haji dari luar negara

 

RIYADH– Arab Saudi sedang mengkaji larangan membenarkan jemaah dari luar negara untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, lapor Agensi Reuters.

Memetik dua sumber, agensi itu berkata, cadangan itu dilakukan berikutan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di peringkat global.

“Bagaimanapun, masih belum ada keputusan muktamad bagi meneruskan larangan itu,” kata sumber.

Pada masa sama, larangan itu akan menyebabkan ibadah haji hanya dihadkan kepada warganegara Arab Saudi yang diberi vaksin atau individu yang telah pulih daripada COVID-19.

Tahun lalu, ibadah haji hanya dihadkan kepada sebilangan kecil warganegara dan penduduk di negara itu.

Dengan penurunan jumlah jangkitan domestik selain peningkatan jumlah penduduk yang diberi vaksin baru-baru ini, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan jumlah jemaah haji bagi tahun ini.

Terdahulu, media tempatan turut melaporkan bahawa Masjid Besar Makkah menerima kira-kira sejuta jemaah pada 20 hari pertama bulan Ramadan.

Sebelum wujudnya wabak COVID-19, sekitar 2.5 juta jemaah mengunjungi tempat suci di Makkah dan Madinah ketika musim haji. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts