Arab Saudi sepakat akhiri krisis dengan Qatar

 

ANKARA – Arab Saudi bersetuju untuk meningkatkan usaha mengakhiri ketegangan lima negara di rantau Teluk yang memutuskan hubungan dengan Qatar.

Menurut sumber daripada Pejabat Presiden Turki memberitahu, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah berhubung dan bercakap dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdaziz dan putera mahkota baharu, Mohammed berhubung perkara itu.

Erdogan dilaporkan bercakap dengan pemimpin Arab Saudi itu pada Rabu lalu, dan bersepakat untuk menamatkan ketegangan di rantau itu, kata sumber berkenaan dalam satu kenyataan.

Malah, Erdogan dan Raja Salman juga dijangka mengadakan rundingan secara pertemuan pada mesyuarat G20 di Hamburg, bulan depan.

Sebelum ini, lima negara Arab membabitkan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Yaman dan Mesir memutuskan 100 peratus hubungan dengan Qatar selepas masing-masing mendakwa Doha melindungi pengganas, menyokong militan Syiah Hizbollah, al-Qaeda, campur tangan dalam hal ehwal negara lain dan cuba mencetuskan perselisihan di kalangan pegawai kerajaan asing.

Antara kumpulan ekstremis yang didakwa Arab Saudi dibantu dan disokong oleh Qatar ialah Ikhwanul Muslimin; ISIS dan al-Qaeda dengan maksud merencana hasutan menerusi media mereka.

Diplomat Qatar diarah meninggalkan lima negara itu dalam tempoh 48 jam, manakala rakyat Qatar pula diberi masa 14 hari.

Kelima-lima negara itu juga menutup ruang udara mereka kepada Doha serta tidak membenarkan rakyat Qatar memasuki negara mereka.

Arab Saudi turut menarik balik lesen penyiaran kepada stesen televisyen satelit – Al Jazeera – yang berpangkalan di Doha dan berpejabat di Riyadh. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts