Asal usul istilah ‘Lebai’

 

SAYA merasa terpanggil untuk memberi pandangan apabila banyak kali terjumpa penggunaan perkataan ‘Lebai’ yang banyak tersebar di media elektronik dewasa ini, yang umumnya menggambarkan kepada memperlekeh atau menghina atau meletakkan satu golongan di level kekampungan yang tidak tahu mentadbir atau mengurus (biasanya merujuk kepada golongan yang ingin mengamali Islam sebagai cara hidup).

Perkataan “Lebai” adalah berasal dari Istilah Islami (لَبّّى يُلَبِّي تَلْبِية) yang boleh membawa maksud menyahut seruan (kebaikan), daripadanyalah datangnya perkataan لَبَّيْك sebagaimana dalam talbiyyah semasa melaksanakan ibadah haji atau umrah.

Syeikh Abd Kadir al-Mandili (antara Tokoh Ulama Nusantara di Makkah) pernah menulis sebuah buku berjudul “Senjata To’ Haji dan To’ Lebai”.

Semua ini menunjukkan bahawa maksud ‘Lebai’, sangat murni dan baik. Saya bimbang, satu ketika nanti akan lahir generasi yang tidak senang dengan perkataan lebai dan merasai ianya adalah negatif, mereka akan rasa terhina kalau dipanggil lebai atau akan cuba menghindari diri mereka daripada mereka yang digelar ‘Lebai’.

Dr. Soberi Awang
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts