Bangladesh pindah 100,000 pelarian Rohingya ke pulau terpencil

 

DHAKA – Bangladesh kekal mahu memindahkan 100,000 pelarian Rohingya ke tempat perlindungan sementara di pulau terpencil walaupun mendapat tentangan meluas daripada kumpulan hak asasi dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara Asia Selatan itu mengatakan akan memulakan pemindahan pelarian ke pulau terpencil bermula Disember, dengan alasan tekanan meningkat di pusat pelancongan Cox’s Bazar – di mana 1.2 juta Rohingya ditempatkan. 

Senarai barang makanan dan bukan makanan untuk memulakan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke Pulau Bhasan Char telah dipindahkan oleh Pesuruhjaya Bantuan dan Pemulangan Pelarian (RRRC).

“Sasaran kami adalah memindahkan sekitar 100,000 pelarian secara berperingkat. Kami mahu pindahkan sebahagian daripada mereka secepat mungkin, dan manfaatkan musim sejuk yang semakin hampir. 

“Kita juga tidak menolak kemungkinan memulakan proses penempatan semula ke pulau kecil pada Disember,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Bangladesh, Md Delwar Hossain.

Hossain bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat proses pemindahan itu termasuk bilangan pelarian yang akan terlibat bagi fasa pertama. 

Tetapi, akhbar tempatan memetik sumber rasmi mendakwa bahawa lebih 1,200 Rohingya daripada 500 keluarga yang tinggal di kem Ukhia dan Teknaf di Cox’s Bazar akan dipindahkan ke Bhasan Char pada minggu pertama Disember.

Bangladesh telah membina 120 perkampungan di Bhasan Char, yang menelan belanja sehingga AS$272 juta (RM1.1 bilion) untuk menampung 100,000 Rohingya pada fasa pertama. 

Pulau itu hanya boleh diakses menggunakan kapal dan kekal terpencil ketika cuaca buruk. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts