Banjir: UNISEL buka pusat kumpul al-Quran

Kuala Selangor: Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya membuka pusat pengumpulan al-Quran yang terjejas akibat banjir sebelum ia dilupuskan.

Pembukaan pusat pengumpulan itu bertujuan memastikan proses pelupusan lebih teratur dan sempurna dalam menjaga kemuliaan al-Quran berkenaan.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, mangsa banjir di sekitar universiti itu yang mempunyai al-Quran terjejas boleh menghantarnya ke Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya sebelum diserahkan kepada pihak berwajib untuk dilupuskan.

“Kemuliaan al-Quran menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Jadi, proses pelupusan perlu melalui cara terhormat dan mengikut prosedur majlis agama Islam.

“Perkhidmatan pengumpulan dilakukan di sini kerana UNISEL merupakan kawasan strategik.

“Ia bertempat di tengah-tengah antara Kampung Bestari Jaya, Permatang, Ijok dan kawasan sekitar,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, Mohammad Redzuan berkata, UNISEL akan menanggung segala kos pelupusan Al-Quran yang terjejas.

“Proses pengumpulan akan terus dilaksanakan hingga selesai semua proses pembersihan rumah mangsa banjir di kawasan sekitar.

“Justeru, pihak di kawasan sekitar universiti yang ingin menghantar al-Quran terjejas boleh menghubungi Pengarah Pusat Islam, Ustaz Ab Razak Aripin di talian 019-782 2897,” katanya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts