Bantahan hukuman sebat syariah tidak relevan

 

SHAH ALAM: Tindakan beberapa pihak yang membantah hukuman sebatan terhadap pasangan kekasih songsang di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam adalah tidak relevan.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata mereka yang membantah perlaksanaan hukuman sebat itu kebanyakannya arif dari segi undang-undang dan mengetahui bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, sewajarnya mereka memahami bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah khas untuk orang Islam sahaja.

“Sepatutnya mereka hormati berikutan ini adalah hak beragama. Agama ini adalah bidang kuasa yang terletak dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam jadual kesembilan iaitu hak bagi negeri.

“Jadi mereka harus hormat dari segi kedudukan Mahkamah Syariah. Mereka selaku orang yang arif, yang bercakap berkenaan ‘rule of law’ tahu perkara ini.

“Tiba-tiba ada isu seperti ini yang kontra dengan pandangan mereka, mereka bantah. Seolah-olah ada ilmu tapi tak beramal dengan ilmu mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Selangor, di sini, semalam.

Idris berkata, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam perkara 121 iaitu sama seperti Mahkamah Sivil.

“Sebat ini satu perkara baharu. Selama ini orang fikir perkara ini zalim. Namun, perlaksanaan hanya memakan masa tiga minit, tiada apa yang dikecohkan.

“Orang yang membantah perlaksanaan hukuman sebat dalam Mahkamah Syariah perlu memperjuang hukuman sebat di penjara yang dibuat oleh Mahkamah Sivil juga,” katanya.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam melaksanakan hukuman masing-masing enam sebatan terhadap dua pesalah wanita berusia 22 dan 32 tahun selepas didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam kereta pada April lalu. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts