Bantuan perubatan COVID-19 sumbangan Arab Saudi tiba di Malaysia

 

KUALA LUMPUR – Bantuan peralatan perubatan sumbangan Kerajaan Arab Saudi melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) untuk membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID-19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bantuan itu dihantar menggunakan dua pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada pagi Khamis.

Sumbangan peralatan perubatan itu termasuk 100 alat bantuan pernafasan, 150 alat bantuan pernafasan mudah alih, 319 pemekat oksigen, 30 alat sokongan pernafasan, 150 katil perubatan elektrik, 15 vital signs monitors, tiga juta topeng pembedahan, satu juta topeng N95, 500,000 sarung tangan perubatan dan lain-lain keperluan perubatan.

Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis malam menyatakan bantuan itu akan diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Malaysia oleh duta Arab Saudi ke Malaysia pada Jumaat petang. Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka menghadiri acara penyerahan itu.

Menurut laporan SPA itu lagi, satu juta dos vaksin COVID-19 yang dijanjikan Arab Saudi akan diberikan melalui koordinasi dengan pejabat Menteri Luar Negeri. Vaksin itu akan disediakan oleh satu daripada pengeluar vaksin yang diluluskan Arab Saudi.

Bantuan itu disumbangkan susulan perbualan telefon antara Hishammuddin dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz baru-baru ini.

“Sumbangan ini melambangkan hubungan erat antara kedua-dua negara dan tanda keprihatinan Arab Saudi untuk membantu negara yang teruk terjejas akibat COVID-19,” kata SPA. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Manusia paling kaya

  JIWA manusia tidak pernah cukup dengan harta dunia. Manusia sentiasa mengejar kekayaan sekalipun apa yang telah ada disisinya…