Belum Sempat Menuju Baitullah, Pesawat Jemaah Haji Yaman Dibedil Rejim Z


Sanaa, Yaman – Entiti Rejim Z melancarkan satu serangan udara ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa pada hari Rabu, yang mengakibatkan kemusnahan sebuah pesawat komersial Yemenia Airways — satu-satunya pesawat yang dijadualkan membawa jemaah haji dari Yaman ke Tanah Suci Mekah.


Pesawat Yemenia Airways Musnah, Landasan Pacu Lumpuh

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa, Khaled al-Shaief, pesawat berkenaan telah musnah sepenuhnya akibat serangan tersebut. Selain itu, landasan pacu lapangan terbang turut mengalami kerosakan teruk yang menyekat operasi penerbangan.

“Serangan musuh Zionis telah memusnahkan pesawat terakhir milik Yemenia Airways yang digunakan untuk tujuan komersial,” kata Khaled. Beliau turut berkongsi rakaman momen-momen evakuasi kecemasan petugas penerbangan dan para penumpang beberapa saat sebelum pesawat dihentam peluru berpandu.


Pesawat Dijadual Bawa Jemaah Haji Ke Mekah

Data penerbangan yang diperoleh Al Jazeera mengesahkan bahawa pesawat itu dijadualkan untuk membawa jemaah haji Yaman menunaikan ibadah haji ke Arab Saudi.

Walaupun serangan itu bersifat mengejut dan merosakkan, pihak pengurusan lapangan terbang bertindak pantas melakukan evakuasi, sekali gus berjaya mengelakkan sebarang kehilangan nyawa dalam kalangan jemaah atau kakitangan.


Houthi Tuduh Rejim Z Cuba Tekan Sokongan Terhadap Palestin

Pihak Houthi menyifatkan serangan Rejim Z itu sebagai cubaan untuk menekan mereka agar menghentikan sokongan terhadap rakyat P4le5tin yang terus menjadi mangsa keganasan rejim Zionis di Gaza.

“Kami tidak akan mundur daripada terus menyokong rakyat P4le5tin, walau sekuat mana pun serangan Israel. Musuh berada dalam keadaan lemah selepas kegagalan agresi Amerika,” tegas pemimpin Houthi, Abdul Malik al-Houthi dalam kenyataan yang dipetik oleh Al Jazeera pada Rabu, 28 Mei 2025.


Serangan Balas: Peluru Berpandu Houthi Dipintas Rejim Z

Difahamkan, serangan ini berlaku hanya sehari selepas Houthi melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah Rejim Z, yang kemudian berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara Rejim Z. Houthi mengesahkan pelancaran itu sebagai tindak balas terhadap tindakan ketenteraan Rejim Z di Gaza.


Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa baru sahaja kembali beroperasi minggu lalu selepas menjalani kerja-kerja pemulihan landasan akibat serangan terdahulu. Ketika ini, ia hanya digunakan oleh pesawat bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta satu-satunya pesawat Yemenia Airways yang masih selamat — yang kini telah musnah.


Houthi Ugut Sekat Pelabuhan Haifa Jika Serangan Gaza Diteruskan

Sejak perang Rejim Z-Gaza tercetus pada Oktober 2023, kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman telah beberapa kali melancarkan serangan ke arah Rejim Z sebagai tanda solidariti terhadap P4lestin. Minggu lalu, kumpulan itu turut mengancam untuk melaksanakan sekatan laut ke atas pelabuhan Haifa sekiranya Rejim Z terus memperhebatkan serangan di Gaza.


Sumber: Hidayatullah.com

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts