Benarkan pramugari Muslim pakai tudung

KUALA LUMPUR: Sudah sampai masa kerajaan membenarkan pramugari Muslim, terutama yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional, MAS Airlines, memakai pakaian menutup aurat ketika bertugas.

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, peraturan itu wajar dimulakan MAS Airlines memandangkan syarikat itu milik kerajaan.

“Adalah wajar memberi kebenaran kepada pramugari Muslim menunaikan hak-hak mereka sebagaimana disarankan agama Islam,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata, pengalaman itu dilaluinya ketika bertugas sebagai doktor di dewan bedah yang tidak membenarkan petugas memakai tudung sebelum ini.

Katanya, pada masa itu beliau memikirkan antara nyawa pesakit dan tuntutan agama yang mewajibkan wanita Muslim menutup aurat.

“Tetapi Alhamdulillah sekarang petugas di dewan bedah, termasuk doktor dan jururawat wanita Muslim dibenarkan memakaikan tudung,” katanya.

Sebelum itu isu tersebut sering dibangkit Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bagaimanapun, hasrat itu belum lagi menjadi kenyataan sehingga sekarang. Malah ramai berharap pembaca berita wanita Muslim di Radio Televisyen Malaysia (RTM) disyaratkan memakai tudung bagi menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam. – HARAKAHDAILY 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts