Berdoa agar amalan kita diterima

 

1. Perhatikan bagaimana setelah Nabi Ibrahim membina Baitullah, beliau segera berdoa kepada Allah agar amalannya diterima oleh Allah. Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmanNya:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

2. Ketika menghuraikan ayat ini al-Imam Ibn Kathir menjelaskan bagaimana Salafussoleh terdahulu sangat bimbang sekiranya amal soleh mereka tidak diterima Allah. Beliau meriwayatkan kisah Wuhaib bin al-Ward yang menangis ketika membaca ayat al-Quran tentang kisah Nabi Ibrahim ini lalu berkata:

يا خليل الرحمن ، ترفع قوائم بيت الرحمن وأنت مشفق أن لا يتقبل منك

“Wahai kekasih Allah (iaitu Nabi Ibrahim), engkau telah mendirikan asas-asas Baitullah, tetapi engkau masih lagi bimbang takut-takut amal solehmu itu tidak diterima Allah.” (Tafsir Ibn Kathir)

3. Andai Nabi Ibrahim sendiri berdoa agar amalannya diterima oleh Allah, maka apatah lagi kita. Sudah pasti kita lebih mengharapkan agar amal soleh kita diterima oleh Allah. Mari perbanyakkan doa ini. Amalkan doa yang telah diajarkan oleh Allah dalam al-Quran dan hadis.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
6
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts