DAP perlu faham Malaysia adalah negara Islam

 

DAP perlu memahami bahawa Malaysia adalah negara Islam dari dulu sehingga sekarang. Malaysia bukan negara sekular. Ia adalah negara Islam secara tulen dan tabie sekian lama. Walaupun berlaku penjajahan, terdapat undang-undang sekular namun sekali tidak menggugurkan Malaysia negara Islam.

Kesilapan daripada sebahgaian golongan Islamiyin سامح الله لهم turut menyatakan Malaysia bukan negara Islam dan ini sangat berbahaya.

Hampir sepakat ulama mazhab kita menyatakan negara seperti Malaysia ini adalah negara Islam. Tidaklah disyaratkan oleh ulama-ulama mazhab empat meletakkan syarat perlaksanaan Syariah sepenuhnya itu barulah menjadi negara Islam. Ini kalimah yang bercanggah dengan kefahaman ilmu.

 

 

DAP wajib menghormati hak orang Islam, undang-undang Islam dan tidak masuk campur dalam urusan orang Islam. Ini batasan yang perlu ketahui agar tidak timbul kekacauan dan rungutan. Sepatutnya mereka menghargai Islam yang memberikan mereka hak-hak bersuara hak keadilan namun mereka tidak sedari.

Wajib mereka bermuhasabah dan berterima kasih kepada umat Islam di Malaysia yang terlalu baik kepada masyarakat bukan Islam. Ini hakikat dan realiti yang perlu diakui oleh orang bukan Islam di Malaysia.

Ustaz Fauwaz Fadzil

Sumber: https://web.facebook.com/fauwaz.fadzil/posts/10157586566892996

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts