Brunei laksana hukuman rejam pesalah zina, seks sejenis

 

KUALA LUMPUR: Mulai Rabu depan, Brunei akan melaksanakan hukuman rejam sampai mati terhadap pesalah zina dan seks sejenis.

Difahamkan, undang-undang Syariah itu ditangguhkan pelaksanaannya selama empat tahun ekoran kritikan hebat.

Negara kesultanan kecil itu akan melaksanakan kanun keseksaan tegas baharu terbabit, yang turut memperuntukkan hukuman potong tangan dan kaki untuk kesalahan mencuri.

Hubungan sejenis diharamkan di Brunei, namun ia akan menjadi kesalahan yang membawa hukuman maut dan undang-undang itu hanya dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja.

Hukuman baharu untuk mencuri adalah pemotongan tangan kanan untuk kesalahan pertama dan kaki kiri untuk kesalahan kedua.

Satu notis terhadap Jabatan Peguam Negara Brunei pada 29 Disember lalu memaklumkan, hukuman itu akan berkuatkuasa mulai 3 April ini.

Brunei pertama kali mengumumkan langkah itu pada 2013, namun pelaksanaannya tertangguh kerana pihak berkuasa memperincikan cara pelaksanaan sambil dikritik hebat kumpulan hak asasi.

Semalam, badan hak asasi Amnesty International menggesa negara itu “segera menghentikan” pelaksanaan hukuman baru itu dengan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts