Cari Pokemon di sini, rayu kanak-kanak Syria

pokemon-syria-768x830

 

BANGI, Jumaat – Tatkala dunia sedang sibuk mencari Pokemon menerusi permainan Pokemon Go, kanak-kanak Syria merayu semua pihak datang mencari dan menyelamatkan mereka.

Gambar yang menyedihkan ini telah dikongsi di laman Facebook Awkward Muslimdan telah menjadi viral dengan mendapat 4,300 like dan hampir 2,000 kali share.

Screenshot tuit pemilik akaun Twitter Sedat Gunduz yang dimuatnaik menunjukkan gambar empat kanak-kanak sedang mengangkat gambar watak Pokemon disertakan dengan kapsyen “Syrian children holding Pokemon photos in hopes the world will find them and save them. #Syria #SyriaBombing.”

Ramai pengguna Facebook meluahkan rasa sedih di atas penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Syria terutamanya kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan.

Permainan atas talian Pokemon Go telah menjadi kegilaan ramai termasuk golongan dewasa sejak mula dilancarkan baru-baru ini.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/viral-cari-pokemon-di-sini-rayu-kanak-kanak-syria/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts