Daie itu patut bersedih jika…

  1. Daie itu patut bersedih jika di kala manusia lain sedang lena tidur, daie itu juga tergolong dikalangan mereka yang tidur dan tidak mahu menghadap pada yang Maha Esa. Bagaimana kita tidak bersedih dan kecewa sedangkan pada malam hari lah Allah Taala mendekat dengan hamba-Nya dan mengurniakan sebaik-baik dan sebesar ganjaran yang tidak terhitung …

MASA – GENERASI

  Terdapat satu peraturan (sunnatullah) penting yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada kita di bumi ini iaitulah peraturan ‘masa’. Manusia selamanya perlu terima hakikat bahawa segala tindak-tanduk mereka berlaku di dalam batas masa yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Manusia takkan mampu mempercepatkan atau melambatkan pergerakan masa secara hakiki. Daripada peraturan ini, timbul satu kesan tetap …

Begini caranya didik anak dengan Al-Quran dan alam

  Menjadi kesukaan saya membawa anak-anak ke taman permainan pada waktu petang selepas waktu Asar. Untuk beraktiviti dan mengeluarkan peluh. Melihat tawa anak-anak berlarian ke situ ke mari amat membahagiakan. Namun hakikatnya, memanggil anak-anak untuk pulang amat mencabar. You know, kids never want to stop playing, especially at their favourite place. “Kakak, Adik, jom kita …

Sayangkah anda kepada Allah?

  Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) Kini, masalah meninggalkan solat bukanlah isu remeh yang perlu dilupakan dan dipandang enteng oleh semua umat Islam di dunia. Saya merayu tolonglah jaga solat anda. Mengerjakan solat …

Ghazwul Fikr: Jahiliyyah menyerang kita dari setiap sudut

  Siri-siri Perang Salib yang berterusan dari abad ke-11 Masihi sehingga abad ke-14 Masihi sebenarnya  tidak berakhir di situ sahaja. Peperangan itu masih berterusan sehingga ke hari ini namun dalam bentuk yang berbeza. Pertembungan antara al-haq (kebenaran) dan al-batil (kepalsuan) itu akan tetap ada dan berterusan selagi mana matahari, bumi, bulan, dan planet-planet serta bintang-bintang …

Generasi yang akan mengembalikan Islam

  “Manhaj Ilahi yang dicernakan melalui Islam hanya dapat dilaksanakan jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya di dalam hati dan kehidupan manusia. Mereka mengorbankan segala-galanya demi merealisasikan matlamat ini. Mereka akan melawan kelemahan dan keinginan hawa nafsu …

Kalah dalam ujian

  Seringkali manusia kalah dalam ujian yang melanda diri. Kalah dan rebah, kerana ujian sememangnya sukar untuk diatasi. Ujian sebenarnya melatih manusia untuk lebih kuat menghadapi dugaan dalam kehidupan yang mendatang. Bentuk apa pun ujian atau masalah tersebut ia adalah adil dan sesuai dengan kesanggupan manusia untuk menanggungnya. Ada manusia yang diuji dengan harta. Harta …

Ingin tahu jangan sampai besarkan nafsu

  Mungkin inilah hikmah nasihat tok guru Imam Syafie ketika mengajar beliau bahawa ilmu Allah adalah cahaya yang hanya diberikan kepada orang yang meninggalkan maksiat. Terbukanya ilmu kepada seseorang walaupun hingga mencapai darjat yakin yang tertinggi (haqqul yaqin) tidak bermakna dia akan selamat daripada api neraka dan kemarahan Tuhan. Iblis telah mengetahui kebenaran secara haqqul …