Pelajaran Satu
===========
“Kesusahan adalah Tabiat Dakwah”
===========
Jangan disebut masalah itu susah. Tidak dikatakan masalah kecuali kerana ada kesusahan padanya. Jalan dakwah akan dipenuhi kesusahan kerana itu tabiatnya. Apabila kita berada di atas jalan dakwah, usah berfikir untuk senang kerana ia bertentangan dengan tabiatnya.
Kesabaran adalah ibarat minyak kenderaan untuk tiba ke destinasi. Jika tidak sabar, kita tidak akan sampai kepada matlamat kita.
Usah menghukum manusia yang telah mencuba tetapi gagal. Manusia ini sebenarnya telah berjaya mendapatkan pengalaman berharga di dalam hidupnya. Tetapi hukumlah orang yang gagal untuk mencuba kerana dia tidak akan dapat apa-apa sepanjang hayatnya.
Sepatutnya jalan dakwah kita dipenuhi dengan percubaan-percubaan dan kegagalan- kegagalan yang akan menjadi panduan tarbiyah untuk generasi akan datang.
Kebahagian bukan datang dengan ketiadaan masalah. Ia akan datang setelah kita dapat menyelesaikan masalah. Tiada kebahagian dalam dakwah ini jika kita tidak melalui pengalaman-pengalaman sukar yang telah kita lepasi.
Oleh itu jika inginkan kebahagiaan dalam dakwah ni, kita mesti menghadapi kesukaran-kesukaran besar terlebih dahulu di masa muda supaya kita ada kebahagiaaan di masa tua.
Pelajaran Dua
===========
“Fikrah Tanpa Amal adalah Maklumat Kosong”
===========
Apabila seseorang menanam fikrah, pasti ia akan menghasilkan tindakan. Jika fikrah yang kita pegang tidak berjaya menggerakkan amal kita, maka ia bukan fikrah. Ia hanya maklumat kosong sahaja.
Pemantapan dan penghayatan fikrah akan berlaku dalam ketiga-tiga tarbiyah kiat (tarbiyah jamaiyyah, tarbiyah fardiyyah dan tarbiyah zatiyyah).
Amal yang diulang-ulang akan menjadi adat budaya. Adat akan melahirkan tingkah laku yang membentuk sikap dan keperibadian. Diharapkan amal-amal dakwah kita akan membentuk keperibadian kita sebagai seorang daie. Ia akan sebati dan mendarah daging dalam diri kita.
Orang luar pertamanya akan melihat dan mengenali kita diri melalui keperibadian tersebut. Itulah sebenarnya diri kita.
Pelajaran Tiga
============
“Allah Ketepikan Kita daripada Jalan ini dengan Sifat Lemah”
============
Usah bermalas-malasan, menunjuk-nunjukkan kelemahan, menayang-nayangkan sikap negatif kita. Ia akan mengesani ikhwah di sekeliling kita. Ramai orang akan terpengaruh dengan perangai buruk yang diperhatikan. Ia akan membentuk amal jama’ie yang lemah.
Apabila kita bersikap demikian, Allah akan menjadikan kita dengan sikap demikian (untuk mengetepikan kita daripada jalan dakwah). Allah akan ketepikan kita daripada saf orang-orang yang berjihad.
Apabila Allah tidak menginginkan kita (atas sebab sikap dan tindakan kita sendiri), Allah akan campakkan sikap malas, berdalih dan memberi alasan.
Firman Allah:
“Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggallah kamu bersama-sama orang- orang yang tinggal.” (At-Taubah, 46)
(lihat ayat berkaitan bagi melihat sebab tidak suka)
Pelajaran Keempat
==============
“Usah Menjadi Titik Lemah dalam Benteng Islam”
==============
Sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Kamu adalah salah satu benteng daripada benteng Islam. Takutlah kamu kepada Allah daripada Islam didatangi (dimasuki musuh) melaui benteng yang kamu jaga.”
Perkataan THAGRAH bermaksud kawasan paling lemah dlm satu-satu benteng yang menyebabkan musuh dapat memasuki sesuatu kubu.
Kita perlu berasa risau dan takut kepada Allah akibat posisi yang kita tidak dapat menunaikannya secara bertanggungjawab akan menyebabkan berlaku kelemahan besar dalam jemaah. Dari posisi kitalah jemaah kita tidak dapat berperanan dengan baik dalam menghadapi musuh-musuh Allah yang begitu terancang.
Jagalah tanggungjawab kita dalam agensi-agensi, Tajmik, Tarbiyah dan amal yang diamanahkan kepada kita. Buatlah yang terbaik agar Islam meninggi cemerlang dari posisi yang kita jaga.
Pelajaran Kelima
============
“Usah Berpuas Hati Tanpa Sampai ke Kemuncak”
============
“Jadilah manusia yang bercita-cita tinggi. Janganlah kamu berpuas hati tanpa sampai ke kemuncak.”
Kita sedang mendaki untuk meletakkan Islam di puncak kejayaan, yang akan memerintah dunia, iqamatuddin (menegakkan agama), itulah perjuangan para anbiya’ dan rasul-rasul.
Sepatutnya fikrah yg kita fahami telah membentuk satu akad penting dengan Allah untuk kita berkorban harta, masa dan jiwa raga kita.
Jadilah seperti Jaafar Al-Khuldiy Al-Baghdadiy dengan kata-katanya yang tidak pernah merungkaikan akad azam dan janji dengan Allah.
“Aku tidak pernah membuat akad kepada Allah ke atas diriku lalu selepas itu aku membatalkannya.”
Pelajaran Keenam
=============
“Pengkhianatan Hati yang Paling Teruk adalah Hati yang Telah Faham yang Kemudiannya Menyimpang”
=============
“Hati yang paling teruk pengkhiatannya kepada PETUNJUK dan ISTIQAMAH ialah hati yang telah faham/mengerti (tentang petunjuk/istiqamah) lalu selepas itu ia menyimpang daripadanya.” – Syed Qutb
Moga-moga kita tidak mengkhianati nikmat PETUNJUK & ISTIQAMAH yang telah diberikan Allah.
Ustaz Mohd Rusdi Alias
www.indahnyaislam.my