COVID-19: Aktiviti masjid, surau di N. Sembilan ditangguh 10 hari

 

BANGI – Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berpandangan semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat berjemaah termasuk solat Jumaat ditangguhkan di Negeri Sembilan selama 10 hari bermula esok hingga 26 Mac.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, ia berikutan situasi penularan COVID-19 yang semakin kritikal susulan gelombang kedua selepas penemuan positif virus itu dalam kalangan 16,000 jemaah tabligh yang menghadiri Jodr Qudama dan Ulama Malaysia di Masjik Jamek Sri Petaling.

“Dalam tempoh tersebut semua masjid dan surau dinasihatkan untuk membuat operasi pembersihan dan penvakuman sebagai langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan.

“Pelanjutan atau penamatan tempoh 10 hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, keputusan dibuat berdasarkan taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang, semalam.

 

 

Dalam pada itu, persidangan itu turut membuat keputusan sekiranya berlaku kematian akibat virus COVID-19, jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum.

Mohd Yusof berkata, prosedur tayammum itu boleh dilakukan hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut sahaja.

“Dalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat virus COVID-19 pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10 hingga 11 Februari 2015.

“Mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Dijangkiti Virus Ebola di Malaysia iaitu sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang boleh mengurus jenazah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, dalam melaksanakan kedua-dua perkara yang telah diputuskan itu, muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di Negeri Sembilan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts