Daie itu patut bersedih jika…

sad-man

 

1. Daie itu patut bersedih jika di kala manusia lain sedang lena tidur, daie itu juga tergolong dikalangan mereka yang tidur dan tidak mahu menghadap pada yang Maha Esa.

Bagaimana kita tidak bersedih dan kecewa sedangkan pada malam hari lah Allah Taala mendekat dengan hamba-Nya dan mengurniakan sebaik-baik dan sebesar ganjaran yang tidak terhitung pada mereka yang bangun pada malam hari untuk merintih kepada-Nya akan dosa serta kesalahannya.

Firman Allah Taala ;

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّہُمۡ خَوۡفً۬ا وَطَمَعً۬ا وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (١٦) فَلَا تَعۡلَمُ نَفۡسٌ۬ مَّآ أُخۡفِىَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعۡيُنٍ۬ جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١٧)

” Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (16) Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (17) ”
(As-Sajadah : ayat 16 & 17)

Lihatlah di dalam ayat ini Allah merahsiakan tentang betapa besar nikmat yang dikurniakan kepada mereka yang bermujahadah bangun di malam hari semata-mata mencari keredhaan-Nya.

Sudah tentu amalan ini bukan calang-calang amalan yang mampu dilakukan kerana ganjarannya sendiri dirahsiakan oleh Allah Taala.

Bahkan amalan ini dilakukan ketika di waktu rahsia juga (di waktu manusia lena dibuai mimpi), beruntunglah mereka yang dipilih Allah untuk bangun menghadap-Nya dan bersedihlah kepada mereka yang melupai-Nya.

Maka bersedihlah wahai daie yang melupakan juzu’ terpenting dalam kehidupan du’ah ini. Lebih teruk, adakah kita hati kita terlalu hitam sehingga Allah tidak lagi memilih kita untuk bangun bertemu dengan-Nya di malam hari.

2. Daie itu patut bersedih jika tangisannya ketika bersendirian di hadapan Allah adalah kerana kesedihannya mengenangkan dosa-dosanya yang bertimbun bukan kerana mengenangkan kecuaaiannya pada kerja-kerja menyelamatkan umat.

Daie itu boleh bersedih kerana dosanya tetapi maqam yang lebih afdhal dan aula bagi seorang daie adalah kesedihannya mengenangkan kelembapan dan ketidak seriusannya dalam projek dakwah.

Lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW menangis teresak-esak hanya kerana berdoa kerana ingin memenangkan agama ini ketika perang badar.

Lihat para sahabat yang menangis kerana tidak mampu memberikan infaq dalam siri-siri peperangan Islam
lihat sahaja para mujahid dan mujtahid yang menangis kerana memikirkan masalah yang melanda umat islam pada hari ini.

Tetapi daie, masih lagi menangis kerana dosanya yang bertimbun dan tidak mampu menempis segala bisikan syaitan dan dunia yang menipu.

Maka bersedihlah wahai daie yang melupakan besarnya humum tangisan kepada umat ini dalam kehidupan du’ah. Lebih teruk, adakah kita hati kita terlalu hitam sehingga Allah tidak lagi memilih kita untuk menangis pada perkara yang besar?!

3. Daie itu patut bersedih jika amalan-amalan yang dilakukannya hanya bersungguh ketika berada di hadapan mata manusia, tetapi jika berada di belakang pandangan manusia, maka badannya liat serta lembik untuk melaksanakan ketaatan.

Adakah segala perbuatan ini dilakukan kerana riya’? Ataupun lebih teruk kita tergolong dikalangan mereka yang mempunyai ciri-ciri munafik iaitu malas (dalam ibadah) ketika berseorangan dan bersemangat ketika ada yang melihat. Moga Allah menjauhkan kita dari golongan seperti ini.

Daie yang sebenar melakukan ketaatan hanya semata-mata kerana Allah Taala bukan atas dasar paksaan, suruhan dan rutin yang dilakukan.

Lebih malu dan malang apabila mereka melakukan sesuatu amalan di dalam kerja dakwah kerana ingin mendapatkan perhatian dan jawatan dalam dakwah. Inilah perkara yang sangat malang bagi seorang daie kerana bisikan syaitan telah dia ikuti.

Lihat bagaimana para sahabat yang teguh imannya ketika mendapat perkhabaran terbunuhnya Ar-Rasul SAW di dalam perang Uhud.

Salah seorang dari mereka berkata : ” Jika Nabi Muhammad SAW sudah tiada, mengapa perlu untuk aku berpaling? Kerana aku berjuang kerana Allah Taala. Bahkan untuk apa lagi aku hidup di atas muka bumi ini sedangkan Ar-Rasul sudah tiada! ” Maka sahabat tersebut berjuang sehingga ke titisan darahnya yang terakhir.

Maka bersedihlah wahai daie yang melupakan besarnya meletakkan pandangan Allah Taala dihadapan melebihi dari segala pandangan yang fana dalam kehidupan du’ah. Lebih teruk, adakah kita hati kita terlalu hitam sehingga Allah tidak lagi memilih kita untuk sentiasa berkejar memperoleh keredhaan-Nya?!

Cukuplah tiga perkara ini untuk sama-sama kita mengoreksi diri kita yang menggelar dirinya sebagai seorang pendakwah..

Wallahu’alam.

Ustaz Syed Salahuddin Syed Ayob
Penulis buku Tarbiah Basah

Sumber: https://www.facebook.com/syedsalahuddin17/posts/1373155446044320

Total
0
Shares
1 comment
  1. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Ghaffar Ya ghafuur Ya Afuuw Ta Tawwab……..ampunillah dosa-dosa ku ini…..tutuplah kealpaan ku ini dan kelalain ku ini dengan dengan ingatan tulus ikhlas hanya demi-Mu ya Allah….amiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

MASA – GENERASI

  Terdapat satu peraturan (sunnatullah) penting yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada kita di bumi ini iaitulah peraturan…
Read More

Dosa yang dihapuskan

  Sepertimana engkau memurkakan Tuhanmu, seperti itulah sepatutnya (bahkan lebih lagi) engkau mencari keampunan-Nya. Dosa siang hari dihapuskan…